TAHNIAH! Adira Selamat Lahirkan Baby Boy.. Anak Keduanya

Bekas peserta Akademi Fantasia, Adira Suhaimi telah selamat melahirkan cahaya mata kedua semalam.

Penyanyi putih melepak ini selamat melahirkan anaknya itu di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh, Selangor pada jam 10.21 pagi, Ahad.

Adira berkongsi berita gembira ini menerusi laman Instagram miliknya melalui satu gambar berkaitan kelahiran anak keduanya itu.

“Alhamdulillah,” itulah yang ditulisnya secara ringkas.

Anak kedua nya ini merupakan seorang bayi lelaki dengan berat 3.8 kilogram dan dilahirkan melalui pembedahan Caesarean Section.

Diruangan komen gambar berkenaan, para netizen dan peminat telah memberi ucapan tahniah kepada Adira di atas kelahiran anak kedua itu.

Ini antara ucapan yang dilontarkan buat Adira:

Alhamdulillah, tahniah Adira selamat semua, jaga diri ya,” @Bellesa.

Semoga baby sihat… Adira jaga pantang ya, syukur dah dapat sepasang,” @Suhaini

Tahniah… semoga awak dan baby sihat..” @aidazaimie92

Tahniah adira.. selamat berpantang” @qreenreen

Penyanyi berumur 26 tahun dari Sabah ini telah berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali Datuk Red sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Pasangan ini menimang cahaya mata pertama diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017.

Isteri pertama Datuk Red bernama Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali Datin Red dan mereka mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here