“Syukur Allah selamatkan saya” – Tya dan Asyraf ada di tempat kejadian langgar lari

Anak kepada Datuk K iaitu Asyraf Khalid dan isteri Tya Ariffin rupanaya berada dengan tempat kejadian langgar lari sehingga menyeabkan kematian seorang wanita minggu lalu.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Tya Ariffin yang mengakui berada di tempat kejadian insiden langgar lari sehingga mengakibatkan mangsa meninggal dunia.

Pelakon ini berkata, dia amat terkejut apabila kemalangan menakutkan yang berlaku di dapan matanya itu dan amat hampir melibatkan dia dan suami yang berada di tempat kejadian.

Ini pendedahan Tya Ariffin:

“Saya berada di tepi jalan sedang turun membuka pintu kereta, kejadian itu berlaku betul-betul dekat dengan kami. Mujur kereta yang melanggar itu tidak terus menggila ke kanan. Syukur Allah masih nak selamatkan saya”

Tya ketika itu mahu ke kedai fotostat di tempat berhampiran bagi membuat salinan pasport berkata kejadian itu berlaku terlalu pantas. Orang ramai yang berada di tempat kejadian bergegas untuk memberi bantuan kepada mangsa.

Dalam pada itu, Tya turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan bersimpati dengan kejadian itu.

“Rasa sedih bila membaca berita mangsa meninggal dunia, salam takziah juga buat keluarga arwah. Malang tidak berbau saya semua berhati-hati terutamanya apabila kita berada di jalan raya”

Minggu lalu, seorang wanita maut setelah dirempuh dan diseret sebuah kereta dalam satu kejadian langgar lari di kawasan Shaftsbury Square di Cyberjaya Rabu malam. Mangsa bernama Wan Amirah Wan Alias dilanggar sebuah kereta model Hyundai ketika sedang melintas jalan di kawasan tersebut.

Pemandu dalam kenderaan dengan nombor pendaftaran BHS 7999 bertindak melarikan diri dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.34 malam itu. Beberapa suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here