Syukur Alhamdulillah, Datin Fouziah Gous Kini Tampil Berhijab

Baru-baru ini Fouziah Gous telah menerima gelaran Datin setelah suaminya mendapat gelaran Datuk. Ramai yang memberi ucapan tahniah kepadanya dan suka dengan sikapnya yang terus merendah diri.

Dalam perkembangan terbaru, setelah pulang dari mengerjakan haji baru-baru ini, Datin Fouziah Gous dilihat tampil manis berhijab dan memakai tudung penuh. Kata pealkon jelita ini, beliau pernah cuba untuk berhijrah beberapa kali tapi gagal dan kali ini Fouziah Gous berharap dapat terus istiqamah untuk berhijab dan menutup aurat.

Ini komennya:

“Insya-Allah. Doa baik-baik untuk hal ini. Saya bukan manusia yang sempurna. Sebelum ini, saya pernah mencuba termasuk selepas beberapa kali mengerjakan umrah. Malah, selepas berkahwin. suami menyuruh saya memakai tudung”

“Tapi saya tak mahu buat atas paksaan atau suruhan orang lain. Saya mahu lakukan secara perlahan. Biar saya menganjak ke hadapan, bukannya ke belakang. Cuma sebagai manusia, kita sentiasa mahu memperbaiki diri”

Kadangkala ada selebriti yang baru berhijrah mengeluh tak dapat tawaran apabila sudah menutup aurat, tetapi Fouziah tawakal dengan penghijrahannya dan meluahkan rasa syukur kerana masih ada pihak yang menerima perubahannya dan meneruskan tawaran.

“Jika diikutkan, sebelum saya pergi menunaikan haji, memang ada produk yang menawarkan kerja. Cuma dengan keadaan sekarang, saya tawakal. Kalau ada rezeki, adalah. Bagaimanapun saya bersyukur ada dua produk yang menerima perubahan ini dan meneruskan tawaran”

Di ruangan komen di laman IG miliknya, ramai follower memuji kecantikan pelakon ini yang kelihatan lebih cantik dan manis sejak berhijab. Tahniah buat Fouziah Gous, semoga terus berjaya dunia dan juga akhirat.

Fouziah Gous sebelum ini popular menerusi lakonannya seperti filem Sifu Dan Tongga, 2 Hati 1 Jiwa dan juga drama Tahajud Cinta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here