Syed Saddiq Umum Anjur Liga Sukan Elektronik, Dana RM10 Juta Tahun 2020

0
970

Ini satu kenyataan terbaru daripada Menteri Belia dan Sukan iaitu YB Syed Saddiq pada hari ini.

ANJUR LIGA SUKAN ELEKTRONIK

Syed Saddiq telah mengumumkan bahawa beliau bakal menganjurkan Liga Sukan Elektronik Kebangsaan pada tahun 2020.

Perkara tersebut telah dikatakan oleh YB Syed Saddiq sendiri di dalam Dewan Rakyat bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Kluang iaitu YB Wong Shu Qi. Jelas beliau lagi, bahawa liga ini akan merangkumi semua negeri yang berada di Malaysia.

Malah system ranking akan dibuat untuk menyaring dan mengenalpasti prestasi semasa semua atlit-atlit esukan. Sekaligus akan menjadi syarat serta kriteria bagi pemilihan atlit untuk mewakili negara.

Disamping itu,YB Syed Saddiq juga memberitahu bahawa Majlis Sukan Negeri Johor telah pun menyenaraikan esukan dalam satu kategori sukan yang bakal dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun 2020.

DANA ESUKAN SEBANYAK RM10 JUTA

Terkini apabila agihan dana sebanyak RM 10 juta bagi peruntukan E- Sukan semasa belanjawaan 2019 baru sahaja lulus pada minggu ini.

Menteri Belia dan Sukan juga turut berkata bahawa dana sebanyak RM5 juta telah diluluskan bagi diagihkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) manakala RM5 juta lagi untuk Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Antara kenyataan dari Syed Saddiq lagi:

“Pada tahun lepas memang ada belanjawan khas sebanyak RM10 juta untuk diperuntukan dalam bidang e-sukan tapi dana tersebut diturunkan kepada agensi lain, bukan kepada KBS.

“Akhirnya dalam minggu ini, pengagihan RM5 juta telah diberikan kepada MDEC dan RM5 juta juga telah diluluskan kepada KBS.

“Saya juga telah memberikan maklum balas kepada Kementerian Kewangan supaya perkara ini tidak berulang lagi dalam Belanjawan 2020 kerana KBS perlu melatih atlet pada waktu awal, bukan sahaja apabila tiba bulan Oktober,”

“Melalui (acara) Esports Tourism Visit Sarawak, ada peruntukan akan diturunkan. Saya juga faham peruntukan secara one-off (pemberian sekali) memang tidak mencukupi dan perlu ditambah,”

Menurutnya, dana tersebut akan disalurkan melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang merupakan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here