Golongan anak muda khusunya bakal mendapat pelbagai manafaat daripada bajet belanjawan 2020 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam.
Antara yang menarik adalah dana yang diperuntukan untuk Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) sebanyak RM45 juta disifatkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq sebagai pemangkin hebat terutamanya buat golongan muda di luar bandar.
Peruntukan ini menunjukan kenaikan sebanyak RM30 juta berbanding tahun sebelumnya. Sekaligus, ia akan mewujudkan peluang kepada golongan muda yang mempunyai bakat dalam sukan bola sepak.
Dengan bakat yang ada sekaligus membolehkan anak muda ini dimasukkan ke dalam ekosistem bola sepak serta berpeluang mengilap bakat mereka ke peringkat antarabangsa.
Kenyataan Syed Saddiq :
“Ini akan beri impak kepada lebih 80,000 anak muda untuk diberi peluang bermain di peringkat lebih tinggi. Secara tidak langsung kita berpeluang melahirkan lebih ramai pemain seperti Luqman Hakim, yang baru-baru ini disenaraikan antara 60 bakat muda bola sepak berpotensi di dunia”.
“Kita nak lahirkan lebih ramai Luqman, kerana itu kita perlukan pelaburan yang besar dan strategik,”
“Contohnya, suntikan dana sebanyak khas berjumlah RM6.5 bilion untuk mencipta 350,000 peluang pekerjaan berkualiti.
“Tetapi dalam masa yang sama, ia bukan sahaja berkenaan peluang pekerjaan baharu, kerana kita dapat lihat sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sangat dekat di hati anak muda terutama yang berlatarbelakangkan keluarga B40, meningkat ke RM200 juta, tidak termasuk peningkatan elaun untuk pelajar-pelajar TVET.
“Inilah yang kita mahukan. Bukan sekadar one-off assistant, sebaliknya mereka diberi juga latihan dan apabila tamat belajar, mereka dapat pekerjaan yang berkualiti,”
Semoga dengan wujudnya dana belanjawan yang amat berguna pada golongan anak muda ini dapat mengembangkan lebih banyak bakat golongan atlet berkualiti setanding antarabangsa.