Syed Abdullah beri respon isu Emma Maembong buka tudung.. luah rasa kecewa dituduh sebagai punca

Kisah tentang pelakon Emma Maembong bertindak di luar pemikiran ramai iaitu untuk tak lagi pakai tudung selepas lima tahun memang telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di laman sosial.

Boleh dikatakan kebanyakkannya netizen telah mengecam tindakan Emma Maembong itu.

Apabila isu ini semakin panas, ada segelintir netizen berpendapat keputusan Emma berkenaan mungkin berpunca dari kekasihnya iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman.

Abang kepada Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq, memang teruk kena serang netizen atau pun digelar barisan makcik dan pakcik bawang Malaysia.

Ramai menganggap Syed Abdullah adalah antara punca Emma kini tidak lagi bertudung.

Di laman IG miliknya, apabila dikomen bertalu-talu, akhirnya Syed Abdullah meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan itu.

Ini respon Syed Abdullah:

“Syed cukup kecewa dengan tuduhan orang mengatakan Syed la penyebabnya. Sebaliknya, Syed terima semua ini sebagai cabaran,”

“Apabila seribu komen mencari jalan untuk membawa anda jatuh ke bawah, satu komen mengingatkan anda bahawa ada wujud orang yang baik.

“Terima kasih atas teguran. Syed hargai komen ini,”

Emma sebelum ini juga sudah menjelaskan pendiriannya dan mengatakan keputusan beliau utnuk tak lagi berhijab memang tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

Kata Emma lagi, ini berlaku kerana imannya yang belum cukup kuat untuk terus istiqamah dan meminta dosa dan pahala adalah antara dirinya dan Tuhan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here