Syatilla Melvin Didakwa Tak Hormat Shaheizy Sam Sebagai Suami

Selebriti popular Shaheizy Sam telahpun berkahwin dengan pelakon cantik jelita Syatilla Melvin dan mereka sudah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang amat comel.

Keluarga Shaheizy Sam ini sering menjadi tumpuan kerana sikap gila-gila dan sporting yang ditonjolkan di laman IG milik Shaheizy Sam dan juga Syatilla Melvin. Contohnya adalah ketika gambar di hari raya yang mana mereka berdua membuat gaya yang unik.

Namun, menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram, Syatilla Melvin telah dikritik netizen kerana panggilan ‘kau’ kepada suami iaitu Shaheizy Sam dalam satu video. Ada followernya yang mengatakan Syatilla Melvin sebagai biadap kerana hanya panggil suami dengan gelaran ‘kau’.

Syatilla Melvin telah memberi respon tentang hal ini dan mengatakan pengukur rasa hormat bukanlah dari panggilan. Ini komen dari Syatilla Melvin:

“Kami sudah melalui susah senang bersama dalam tempoh perkenalan yang lama. Jadi, bagi saya, panggilan ‘aku’ dan ‘kau’ bukanlah sesuatu yang harus diperbesarkan. Tidak semestinya saya membahasakan aku’ dan ‘kau’, saya tidak menghormati Sam sebagai suami”

“Saya tidak menganggap panggilan itu sebagai kurang ajar. Ini kerana Sam bukan saja suami, malah kawan baik saya. Biarpun panggilan itu dianggap kasar oleh sesetengah, namun sebagai isteri, saya masih tahu menjaga batas”

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Shaheizy Sam, pelakon Adnan Sempit ini memuat naik video yang menunjukkan Syatilla memanggilnya ‘kau’ ketika menemani anaknya untuk gunting rambut.

Ini membuatkan orang ramai tak suka dengan hal sedemikian dan menganggap Syatilla tidak menghormati Sam sebagai suami.

Jom tonton videonya:

Mungkin ini adalah cara hubungan antara Syatilla Melvin dan juga Shaheizy Sam. Yang penting mereka sentiasa bahagia selalu dan sentiasa ceria.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here