Penyanyi baru Syada Amzah yang juga merupakan adik kepada Shila Amzah telah meluahkan kekecewaan tentang gambar model Haneesya Hanee yang sedang menggayakan skarf dalam keadaan bertinggung.
Disebakan status Syada itu telah dikecama oleh para netizen di Twitter. Semua mendakwa bahawa Syida Amzah seakan membuli Haneesya Hanee.
Adik penyanyi kepada Shila Amzah ini berasa kesal terhadap orang ketiga yang telah memungkiri janji serta memuat naik gambar photoshoot pelakon Haneesya Hanee dengan menggayakan sehelai skaft merah di kepala itu.
Penyanyi ini meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Haneesya Hanee.
Komen Syada Amzah lagi :
Sebenarnya bukan saya nak point out pasal dia. Kalau tengok balik status itu, saya bercakap mengenai tudung yang dipakai. Niat asal saya nak bagi orang report foto itu supaya boleh diturunkan kerana saya menganggap foto itu tidak menghormati agama.
Sebelum itu, saya ada tanya seseorang yang rapat dengan Haneesya mengenai foto itu. Kenapa dia ambil gambar macam ini? Kemudian baru Haneesya beritahu sepatutnya gambar itu close-up, hanya tunjuk tudung sahaja.
Tetapi tiba-tiba mereka keluarkan full shot dengan keadaan sebegitu.
Saya kasihan dengan Haneesya sebab dia asyik kena hentam dan sekarang dia kena lagi. Kalau benarlah mereka janji gambar itu close-up, tetapi akhirnya mereka keluarkan gambar penuh, saya rasa Haneesya sendiri sudah terperangkap.
Saya sedar saya tidaklah baik sangat cuma saya perlu buat sesuatu mengenainya. Jujur, saya tiada masalah peribadi atau perasaan benci terhadap Haneesya sebaliknya dia seorang yang sangat baik.
Saya amat mengagumi kecantikan dia tapi saya rasa gambar itu keterlaluan.
Saya juga faham modelling adalah periuk nasi, bakat dan kelebihan dia tetapi saya percaya dia ada hak untuk bercakap sesuatu mengenainya.
Sekalipun dia terima job itu tiada masalah kerana itu rezeki dia.
Saya nak menjaga agama sebab saya tidak mahu orang sewenang-wenangnya mempermainkan perkara ini. Cuba anda fikir kalau gambar itu mereka gunakan hingga ke peringkat antarabangsa dan masyarakat lain tengok gambar itu, apa yang mereka akan fikirkan?
Sememangnya betul apa yang dikatakan oleh Syada itu. Tidak seharusnya pihak ketiga melakukan hal sedemikian terhadap Haneesya.