Inilah Wajah Suspek Kes Langgar Lari Di Cyberjaya Yang Berjaya Ditahan Polis

0
15082

Empat orang suspek kes langgar lari yang membawa kepada kematian seorang wanita bernama Wan Amirah di Cyberjaya telah berjaya ditahan pihak polis.

Ketua Polis Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata suspek pertama, seorang lelaki Yaman berusia 22 tahun ditahan kira-kira jam 12 tengah malam Khamis di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

Kemudian 3 orang pula ditangkap untuk membantu siasatan. Dikatakan yang ditahan kesemua mereka adalah pelajar di sebuah universiti antarabangsa di Cyberjaya.

Ini kenyataan pihak polis:

“Seterusnya tangkapan lanjut telah dibuat di Verdi Residence, Symphony Hills, Cyberjaya, Sepang yang mana dua lelaki Libya berumur 24 dan 20 tahun serta seorang wanita berumur 32 tahun berasal dari Sabah telah ditahan.

“Sebuah kereta jenis Hyundai berwarna silver yang terlibat dengan kes turut dirampas”

“Salah seorang lelaki yang ditangkap mengaku memandu kenderaan Hyundai tersebut semasa kemalangan”

Keempat-empat suspek direman selama empat hari bermula hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sepang, Alpha Dragam.

Wan Amirah yang merupakan seorang kakitangan wanita Telekom Malaysia Bhd (TM) Unifi maut setelah dirempuh dan diseret sebuah kereta dalam satu kejadian langgar lari di kawasan Shaftsbury Square di Cyberjaya Rabu malam.

Video kes kemalangan itu telah menjadi viral di laman media sosial dan menimbulkan kemarahan orang ramai.

Pemandu dalam kenderaan dengan nombor pendaftaran BHS 7999 bertindak melarikan diri dalam kejadian kira-kira 7.34 malam. Mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun meninggal dunia kira-kita 4 pagi, Khamis.

Kereta suspek turut merempuh empat lagi buah kenderaan yang diletakkan di kawasan itu iaitu sebuah kereta Toyota Avanza, Perodua Myvi, Honda City dan Proton.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here