“Surat terbuka adalah tidak wajar” – ini respon Nurul Izzah kepada ‘warkah kekanda-adinda’ Mujahid

Selepas beberapa hari berlalu, akhirnya Nurul Izzah telah memberi respon tentang surat terbuka Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang menjadi viral di laman media sosial.

Malangnya, respon yang diberikan oleh Nurul Izah bukanlah yang positif kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

“Saya juga telah memaklumkan kepada beliau bahawa surat terbuka adalah tidak wajar. Lebih baik fokus kepada isu sebenar,”

Nurul Izzah menulis respon dan bertindak balas terhadap laporan mendakwa Dr Mujahid memberitahu ia adalah rahsia sama ada Nurul Izzah menjawab atau tidak surat terbukanya.

Dr Mujahid berkata menulis surat terbuka kepada Nurul Izzah di media sosial pada Selasa (25 Disember) dan menyatakan bahawa ianya adalah satu perkara biasa di kalangan ahli politik.

Surat bertajuk ‘Warkah Dari Cordova’ dimuatnaik selepas pengumuman Nurul Izzah minggu lalu untuk melepaskan jawatan naib presiden PKR. Nurul Izzah juga turut melepaskan jawatannya sebagai ketua PKR Pulau Pinang dan semua jawatan kerajaan persekutuan.

Dalam surat itu, beliau memberitahu tidak dapat tidur beberapa malam kerana bimbang tentang keadaan Nurul Izzah. Perkara ini sekaligus menjadi buah mulut orang ramai termasuk menjadi bahan trol oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyuruhnya berdoa pada Tuhan jika tak boleh tidur..

Bapa Nurul Izzah, presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menerima keputusannya untuk meletak jawatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here