“Sumpah banyak gila dugaan selama saya jaga awak, jangan lupa saya” – Kamal Adli

Pelakon Kamal Adli telah memuatnaik satu caption yang dibuat khas untuk motorsikal kesayangannya.

Khabarnya, kini Kamal terpaksa jual motor tersebut selepas melalui banyak dugaan sejak lebih tiga tahun menjadmi pemilik kepada motor kuasa tinggi berkenaan. Kamal Adli akhirnya bertindak menjual motorsikal kepada individu yang lebih bertanggunjawab.

Antaranya, motor tersebut pernah kemalangan beberapa kali dan telah dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab sampai masuk balai. Diimbas kembali, motorsikal berkuasa tinggi jenis Aprilia Shiver itu pernah dilaporkan hilang pada 26 Oktober 2017.

Ini komen Kamal Adli:

“Selamat tinggal… sumpah banyak gila dugaan selama saya menjaga awak (motor). Kemalangan orang lain buat hingga tersadai di bengkel selama dua tahun.

“Saya baiki semula dengan harga yang mahal tapi sayang punya fasal. Lepas elok… kemalangan pula dengan saya dan terpaksa dibaiki lagi.

“Kemudian dah elok kene curi pula dengan orang jahat, lepas tu polis jumpa balik awak simpan di balai setahun sebab macam putus asa,”

Kamal berkata, sekarang merupakan masa terbaik untuk dia menjual motor tersebut kepada orang yang lebih bertanggungjawab.

“Lepas ambil di balai kena baiki lagi sekali dan ini masa terbaik untuk lepaskan awak kepada orang yang lebih baik. Terima kasih atas segalanya,”

Ini caption full dari Kamal Adli:

“my last ride with my black baby

“good bye baby.. sumpah banyak gilaaa dugaan selama sy menjaga awak.. excident orang lain buat.. sadai bengkel 2 tahun..sy repair balik awak mahal nok harem.. tp syg pnya pasal repair jgk.. lepas elok, tiba2 excident pulak bersama saya.. alhamdulillah minor injury ja.. repair balik awak sebab syg.. dah elok kene curi pulak ngn org jahat.. lepas tu polis jumpa balik awak (tq polis diraja malaysia) simpan kt balai setahun sebab mcm give up.. tp amik jgk kat balai repair lagi sekali and its time utk lepas kan awak kt org yg lebih baik and bertanggungjawab..

“Tqq my black babyy, tolong jangan lupakan sy.. ingat moment kita time jatuh tu okk.. #moveon #motorkugirlfriendku

Ini foto Kamal Adli dengan motor nya itu:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here