“Sumbang mambang menyanyi tapi masuk final” – Ini pula komen Aliff Syukri

Rancangan hiburan Gegar Vaganza pada musim kelima ini sekali lagi menjadi buah mulut orang ramai yang menontonnya. ini gara-gara keputusan dari peringkat separuh akhir yang berlangsung Ahad lepas yang mana ada ramai yang meluahkan rasa tak puas hati.

Pada malam itu, peserta yang berjaya ke pentas akhr ialah Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya Ruslee, Zamani dan Billy Zulkarnain.

Ini sekaligus membuatkan dua peserta lain iaitu Hetty Sarlene dan kumpulan Forteen diumumkan sebagai peserta yang tersingkir di peringkat semi final itu.

Walaupun tidak hadir di konsert berkenaan, penaja utama GV5 iaitu Datuk Seri ALiff Syukri menulis luahan tak puas hatinya di laman media sosial.

Aliff Syukri dilihat tak berpuas hati dengan keputusan dari pihak juri. Menerusi satu status di laman Instagram, Aliff Syukri dilihat seperti mempertikaikan pihak juri.

Ini tulis Aliff Syukri:

“siapa patut tersingkir sebenar ya?? juri oohh jurii”

“saya peliklah kenapalah kumpulan forteen yg best ni yg terkeluar sedangkan ada yg lagi teruk dan sumbang mambang menyanyi tapi tetap masuk final ? saya malas nak nakk tulis lebih2 nanti ada yang terasa.. @izzueislam @oneforteen”

Sebelum ini, Fauziah Ahmad Daud atau Kak Ogy dilihat meluahkan rasa tak puas hati setelah Zamani diumumkan antara peserta yang layak ke peringkat akhir.

Kak Ogy di lihat mempertikaikan pihak juri. Baca komen Kak Ogy (DI SINI).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here