Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah dilantik Yang Di-Pertuan Agong ke-16

Ini berita terkini tentang pemilihan yang Di Pertuan Agong Malaysia yang baru.

Sultan Pahang iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in, telah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-16.

Pelantikan itu diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad petang tadi.

Sebelum itu, Raja-Raja Melayu telah mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara pagi ini, bagi membincang dan memperkenankan pengganti kepada Sultan Muhammad V, yang meletakkan jawatan sebagai YDP Agong pada 6 Januari lepas.

Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Jan lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Dis 2016.

Mesyuarat berkenaan turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama, menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad hari ini.

Mesyuarat khas Majlis Raja-raja yang berlangsung di Istana Negara jam 12.45 tengah hari tadi diadakan susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Januari lalu.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah tampil mempengerusikan mesyurat khas berkenaan.

Mesyuarat itu dihadiri lapan daripada sembilan Raja Melayu iaitu Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar; Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir ke mesyuarat berkenaan ialah, Sultan Pahang sendiri diikuti Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Namun begitu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat khas berkenaan.

Sumber-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here