Sultan Ahmad Shah mangkat pagi tadi

Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah mangkat pagi ini.

Sultan Pahang kelima, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah mangkat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Almarhum baginda menghembuskan nafas terakhir 8.50 pagi pada usia 89 tahun.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kenyataan rasminya memohon rakyat mendoakan roh Almarhum baginda ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Ini komennya:

“Dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya dengan ini mengumumkan kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah pada pagi Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.

“Almarhum mangkat pada 8.50 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur,”

Difahamkan jenazah Almarhum baginda akan dibawa ke Istana Negara untuk dimandikan sebelum dibawa pulang ke Pekan, Pahang.

Sumber: BH / Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here