Sulli Bintang K-Pop Ditemui Mati Di Rumahnya

Bagi peminat artis Korea iaitu K-pop sudah pasti mengenali Sulli. Artis ini dikatakan sering kali menjadi bahan komen kecaman yang melampau oleh warga net telah ditemui meninggal dunia di rumahnya sendiri hari ini.

Mangsa yang merupakan bekas anggota kumpulan K-pop terkenal f(x), telah oleh ditemui pengurusnya di rumahnya yang terletak di pinggir Seoul.
Menurut sumber pihak polis Sulli yang berusia 25 tahun itu sedang mengalami tekanan perasaan yang sangat teruk. Punca kematian sebenar bintang K-Pop ini masih lagi disiasat.

Bintang K-Pop ini yang dikenali sebagai Sulli sebenarnya bernama Choi Jin-ri juga merupakan pejuang lantang yang membela hak asasi wanita kerana dia sendiri sudah lama menjadi mangsa buli siber.

Sulli mula mengangotai kumpulan f(x) pada 2009 dan menjadi di kalangan artis K-pop wanita popular dunia.

Beliau telah mengundurkan diri seketika dari dunia hiburan pada 2014 selepas mempunyai masalah dengan masalah buli-siber serta telah meninggalkan kumpulan itu setahun kemudian dan menceburi bidang lakonan.

Dikatakan juga, Sulli sangat aktif di media sosial dan baru sahaja mengendalikan siri TV selebriti bagi mengupas pengalaman mereka yang mengalami masalah dengan gangguan dan buli-siber.

Ternyata seluruh dunia amat terkejut dengan berita tentang kematian bintang K-Pop Sulli ini.

Antara luahan sedih dari peminat Sulli :

“Tolong… saya tak percaya ini semua. Saya rasa nak menangis satu hari ini. Kami semua menyayangi kamu Sulli”.

“Berita yang sangat menyedihkan, saya kenal dia sejak bersama kumpulan f(X) dan dia masih muda… hancur hati saya”.

“Marilah kita doakan Sulli. Semoga rohnya tenang. Terima kasih kerana membenarkan kami melihat bakat anda, jadilah bidadari di syurga,”

Sulli telah menceburkan diri dalam seni hiburan bermula dari tahun 2009 dan menukar karier dalam bidang lakonan pada tahun 2015 pula.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here