“Suka sama suka bercium is normal.. tapi gambar dalam hotel bukan saya” – Model akui skandal Aliff Aziz

Semalam telah sah penceraian antara Aliff Aziz dan juga Bella Astillah. Pasangan ini bercerai talak satu setelah kedua nya hadir ke mahkamah.

Sebelum itu, telah tersebar beberapa keping foto antara Aliff Aziz dengan seorang lagi wanita di katakan seorang model.

Model ini bernama Meri MeiFina, dan telah tampil memberi komen tentang gambar yang menjadi viral sekelip mata.

Ini temubual antara wanita ini dengan mStar:

Dari temubual itu, Fina mengatakan dia kenali Aliff Aziz dari kelab malam. Dia juga akui memang agak normal gambar mesra seperti itu di dalam kelab.

Malah Fina juga akui menjadi tempat mengadu serta boleh dilabel sebagai skandal kepada Aliff Aziz.

Akan tetapi, Fina tak mengaku ada satu gambar yang menunjukkan bersama Aliff Aziz.

SKANDAL ALIFF AZIZ

“Hubungan saya dan Aliff boleh dikatakan skandal dan dia tinggal dengan saya dan abang-abang angkat selama seminggu.

“Ketika itu dia meluahkan mempunyai masalah rumah tangga dengan Bella. Tetapi saya ada menasihatinya untuk pulang kepada keluarga,”

GAMBAR CUMBU

“Itu suka sama suka. Normallah orang dalam kelab… mereka bercium.

“Bukannya kami lakukan lebih daripada itu.

“Lagipun ramai saksi ketika itu,”

Sementara itu, wanita ini juga ada memebri komen di laman Fb miliknya. Ini antara komen dari Meri MeiFina

GAMBAR LAMA

“Terima kasih kerana viralkan gambar-gambar saya dengan Aliff Aziz. Tapi gambar itu adalah gambar lama saya dengan dia, kenapa nak kena naik sekarang?

“Ya, telefon bimbit saya baru-baru ini hilang dekat kelab malam sebelum puasa. Saya tak pasti mereka ambil gambar atau apa dan baru sekarang nak viralkan.

“Good job Malaysia, tapi macam basi sahaja,”

JANGAN SALAHKAN PEREMPUAN

“Semua orang tahu Aliff Aziz tu macam mana jangan salahkan perempuan sahaja.

“Bukannya acah-acah alim dan kata perempuan jenis macam ni memang jenis suka kebas laki orang…

“Kalau tak mahu laki kamu kena rampas dengan orang, kena wangi sikit. Baru laki tak lari,”

TAK BATAK VIRAL

“Cakap dekat artis sendu tu, tak perlu acah sangat. Saya tak batak viral.

“Setakat Aliff Aziz tu apa ada… dia tak ada apa-apa. Kalau Datuk atau Tan Sri tak apa juga. Aliff Aziz boleh pergi mati sahaja.

“Anda ingat muka dan body macam saya tidak laku kah?”

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here