Suhaimi Saad telah digugurkan dari konsert nasyid kerana kontroversi

Oleh kerana kontroversi yang melanda diriya, Suhaimi Saad telah digugurkan dari satu konsert.

Pada mulanya, bekas ahli Inteam dikhabarkan akan menyertai satu konsert nasyid iaitu Konsert 4nomena bersama beberapa penyanyi nasyid yang lain.

Akan tetapi, Suhaimi Saad mendedahkan bahawa dirinya telah digugurkan dari konsert berkenaan.

Ini komen Suhaimi Saad:

“Disebabkan kontroversi kontroversi yang melanda ss kebelakangan ini,
Pihak penganjur dan penaja konsert 4nomena telah pun menggugurkan ss daripada senarai nama artis yang akan membuat persembahan dalam konsert tersebut pada malam 20 April depan.

“Alhamdu lillah. ss percaya ada hikmahnya dan ss percaya bahawa Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.
In sya Allah.

“Semoga konsert tersebut akan berlangsung dengan meriah dan jayanya walau tanpa kehadiran ss.

“Rezeki setiap kita telah pun Allah tentukan.
Sabar dan redha adalah kemenangan sebenar.
HasbiyAllah

Dalam pada itu penganjur berkenaan turut membuat kenyataan tentang hal ini.

penganjur konsert amal 4nomena iaitu KGM Event menjelaskan keputusan merehatkan penyanyi nasyid Suhaimi Saad pada konsert yang bakal berlangsung 4 April depan diambil selepas berbincang dan mendapat persetujuan dengan Suhaimi Saad.

Pengarahnya, Mahmud Fahrurrazey berkata, pihaknya memberi ruang kepada Suhaimi untuk menyelesaikan segala isu panas yang sedang berlaku dengan penuh berhemah dan integriti.

Ini komennya:

“Pihak kami ada berhubung dengan beliau baru-baru ini untuk mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi yang melanda selain untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai pembabitan beliau dalam konsert ini.

“Setelah mengambil kira segenap sudut pandangan dan keperluan demi kelangsungan penganjuran konsert amal ini di masa akan datang, kami bersepakat untuk merehatkan Suhaimi Saad daripada konsert kali ini.

“Keputusan ini juga diambil untuk memberi sedikit ruang kepada beliau atas persetujuan bersama dengan kedua belah pihak setelah berbincang dengan teliti,”

Sumber: FB MOSUS / mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here