Suhaimi Saad, 38 tahun kini telah menjadi bualan ramai apabila dilihat tampil mencabar angkasawan negara untuk mengatakan fakta bahawa bumi itu bulat atau sfera.
Melalui laman FB miliknya iaitu MOSUS, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid InTeam telah menulis mempersoalkan bentuk bumi.
Ini penulisan dari Suhaimi Saad:
KOMEN 1:
ss cabar angkasawan negara bersumpah.
WAllahi
Wabillahi
WatAllahi
“Bumi ini bulat sfera.
NASA bercakap benar.”
Kalau beliau berani buat,
ss akan stop kajian ni dan ss akan tolong dakwah kepada kelompok FE supaya insaf.
Tanpa bayaran
KOMEN 2:
Jika bumi ini sfera,
Tolong tunjukkan di mana langit dunia yang Allah sebutkan di dalam surah Al Mulk.
Dalam hadis sohih bab ibadah malam,
Nabi juga sebut bahawa
“Allah turun ke langit dunia..”
Bahkan ketika nabi dimi’rajkan,
Baginda juga ada menyebutkan tentang langit dunia.
Di mana ya?
Di utara,timur atau kutub selatan
kah?
Yang tak tahu,elok diam ajja
GRAVITI WUJUD KE?
Apabila di tanya tentang graviti, Suhaimi Saad mengatakan adakah graviti itu benar-benar wujud? Ini komennya: “masalahnya gravity tu wujud ke untuk dikaji?”
Itulah antara pandangan peribadi dari Suhaimi Saad. Untuk pengetahuan, Suhaimi merupakan individu yang tidak membenarkan anaknya disuntik vaksin.
Malah Suhaimi Saad juga tak hantar anaknya ke sekolah tetapi mengambil inisiatif untuk mengajar sendiri anak nya di rumah sahaja.