Sufian Suhaimi Batuk Berdarah, Selepas Pemeriksaan Doktor Sahkan Ada..

Penyanyi yang popular dengan lagu Di Matamu iaitu Sufian Suhaimi kini sudah beberapa hari kurang sihat. Dia berkata dirinya telah diserang batuk yang teruk sehingga mengalami pendarahan.

Penyanyi 26 tahun ini memberitahu, sakit batuk-batuk itu mula dialami kira-kira tiga minggu lalu dan kini ianya telah menjadi lebih serius selepas dia menghadiri sebuah majlis anugerah.

Ini pendedahan Sufian Suhaimi:

“Saya diserang demam panas dan batuk-batuk yang teruk selepas menghadiri sebuah majlis anugerah baru-baru ini. Hampir seminggu saya batuk berdarah dan sekarang ni kondisi sudah semakin baik, hanya batuk biasa sahaja.

“Setelah menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan ada luka di tekak yang menyebabkan berlaku pendarahan itu. Sekarang ni masih makan ubat yang diberi oleh doktor dan dalam masa sama saya mengamalkan pengambilan madu.

“Alhamdulillah, luka dah tak berdarah lagi tapi masih sakit dan batuk masih ada. Mujurlah semasa persembahan masalah ini tak mengganggu dan peminat faham”

Sufian Suhaimi berkata sedemikian ketika ditemui semasa sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 33 (SFMM33) yang diadakan di The International Gallery At Alya, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Beliau akan bersaing pada minggu pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik bersama penyanyi lain antaranya Ariff Bahran, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah, Siti Sarah, Amylea dan Kaer, Ben Ladin dan Aliff Satar pada 9 November ini.

Berbicara tentang persediaan lagu Di Matamu di pentas semi final, Sufian berkata dia tidak membuat sebarang latihan khusus untuk saingan tersebut. Dia hanya menggunakan pentas undangan nyanyian sebagai ruang mempersiapkan diri sebelum persembahan separuh akhir nanti.

“Saya tak ada sebarang latihan intensif untuk kali ini. Saya jadikan undangan show sebagai pentas latihan. Apa yang penting sekarang ini adalah memastikan tekak saya benar-benar sembuh dan kesihatan berada dalam keadaan baik”

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here