Sufi Mahu Selesai Kemelut Ibu Dan Isteri Secara Sendiri

Kemelut dan masalah yang melanda Sufie Rashid dimana dia tidak menyebelahi ibu atau isterinya atau erti lain memberi komen juga menerima kecaman menerusi mesej peribadi (DM) di laman Instagram.

Para netitizen beranggapan dia adalah anak derhaka hanya kerana mempertahankan tindakan yang dilakukan oleh isterinya semasa kejadian diatas pelamin tersebut.

Dia yang hanya membalas komen para netizen bahawa penyanyi ini tidak akan memberikan sebarang kenyataan terhadap insiden itu.

Ini komen dari Sufi :-

“Saya tidak mahu memanjangkan perkara yang berlaku. Biarlah saya sendiri yang melakukan perkara apa harus dilakukan tanpa campur tangan pihak lain,”

“Disebabkan itu saya tidak bercadang untuk berkongsi perkara membabitkan isu yang ditimbulkan,”

Penyanyi kelahiran Singapura itu juga dengan tegas berkata bahawa dia amat menyayangi ibu dan isterinya.

Sufi Rasyid juga berkata sebagai seorang yang beragama Islam ia amat salah serta berdosa jika dia membuka aib ahli keluarga sendiri serta isterinya.
Punca kepada insiden demikian terjadi apabila hubungan dia dan Nurulain sebenarnya disebabkan ibunya tidak merestui hubungan dia dan isterinya apabila mahu berkahwin dengan isterinya.

Lebih bertambah buruk apabila rakaman vedio telah menunjukkan Nurulain telah meninggalkan pelamin semasa ibu Sufi naik bersalaman dan memeluk anak lelakinya itu.

Ibu Sufi iaitu Irma juga menyatakan bahawa dia dan rombongannya telah dilayan seperti penjenayah ketika hadir ke majlis resepsi perkahwinan anaknya itu.

Sebagai rekod, pasangan ini telah dinikahkan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis sederhana yang telah berlangsung di sebuah hotel di Putrajaya pada 21 September.

Sufie telah memberikan tujuh dulang hantaran dan juga cek bernilai RM20,000 dan mas kahwin sebanyak S$300 (RM910) kepada isterinya .
Sebagai rekod, pasangan ini telah berkenalan pada penghujung tahun 2016 sebelum bertunang pada 15 Disember 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here