Sudah Terlambat, Patutkah Saya Beri Amaran? – Sharifah Sakinah Takut Anak Jadi Mangsa

Pelakon popular tanah air, Sharifah Sakinah sedang dalam dilema apabila menyedari pembantu rumahnya merupakan seorang perokok. Sharifah Sakinah yang terkenal dengan gaya hidup sihat, telah berkongsi kerisauan dengan para followernya di laman IG miliknya baru-baru ini.

Sharifah Sakinah runsing dan tidak tahu reaksi yang mahu ditunjukkan kepada pengasuh / pembantu rumah terbabit dan tertanya-tanya apakah dia patut marah dan memberi amaran kepada pembantu berkenaan.

Menjelaskan situasi dihadapi, Sharifah Sakinah berkata, dia risau andai diberi amaran, pembantu rumah akan bertindak balas dengan melakukan perkara tidak diingini. Yang paling ditakui adalah perbuatan balas terhadap anak sulungnya.

“Okay, saya baru mendapat tahu pembantu rumah saya perokok… Saya tak tahu nak buat apa. Sudah terlambat untuk mencari pembantu baharu… Adakah saya patut biarkan saja atau beri amaran?”

“Saya risau jika saya tiada di rumah, anak saya, Anais yang menjadi mangsa. Buat masa ini, saya tahu dia (pembantu rumah) tidak akan merokok di depan Anais, tetapi saya masih risau”.

Prihatin atas masalah dihadapi Sakinah, para follower turut memberi pendapat masing-masing. Ada yang meminta Sakinah mendapatkan khidmat pembantu rumah lain biarpun kosnya mahal kerana ianya lebih penting dari bahan yang menimpa.

Selain itu, tidak kurang juga pengikut menasihatkan Sakinah bercakap cara baik dan meminta pembantu rumahnya supaya berhenti merokok atau sekurang-kurang tidak merokok ketika di rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here