Sudah Tak Ada Persefahaman, Izzue Islam Umum Keluar Forteen

Selebriti popular tanah air iaitu Izzue Islam telah membuat satu kejutan di karpet merah akhir Gegar Vaganza. Ini apabila Izzue Islam telah membuat pengumuman menarik diri daripada kumpulan Forteen.

Izzue Islam yang ditemu bual secara langsung di siaran GV Live+ memberitahu punca dia menarik diri kerana sudah tidak ada persefahaman dengan kumpulan berkenaan.

Ini kenyataan dari Izzue Islam

“Persefahaman dah tak ada, jadi baik undur diri. Ini bukan kali pertama, ini merupakan kali kedua, jadi saya tak mahu jadi kali ketiga dan seterusnya. Cukuplah. Antara semua, suara saya tak sehebat mereka, saya yang paling tak bagus. Ini bukan gimik, benda ini serius, cukup sampai sini sahaja”

Selain itu, Izzue juga berkata dia memang tak layak sertai Gegar Vaganza, ini komennya:

“Lagipun saya memang tidak layak untuk menyertai Gegar Vaganza kerana kualiti persembahan saya kurang memuaskan”

Pengumuman Izzue ini menarik perhatian para peminat Forteen dan juga netizen di luar sana yang ternyata tak sangka dengan perkara berkenaan.

Untuk pengetahuan, kumpulan Forteen ditubuhkan pada tahun 2011 dibawah pengurusan KRU yang dianggotai oleh Izzue, Amer, Ariz dan One. Antara lagu hits mereka adalah Berdua Bersatu, Kita dan Dekat Tapi Jauh.

Semoga berjaya buat Izzue Islam dan Forteen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here