Suara Tak Sedap, Izzue Islam Akhirnya Mohon Maaf

Salah seorang anggota kumpulan Forteen iaitu Izzue Islam telah tampil membuat permohonan maaf di laman media Instagram miliknya.

Permohonan maaf ini dibuat untuk mereka, sekiranya penglibatan kumpulan Forteen di Gegar Vanza musim ke5 tidak menyenangkan mata dan telinga orang ramai yang kurang gemar dengan mereka.

Kata Izzue Islam, kumpulan Forteen telah melakukan yang terbaik dan hanya ingin menghiburkan para peminat mereka sahaja.

Kenyataan maaf itu menjadi tumpuan para peminatnya:

“Muka rabak dibelasah sbb suara tak sedap. Apepon kami dah buat yang terbaik sepanjang kami di GV5. Kami sendiri tak sangka dapat sampai ke Semi Final. Pada kami itu sudah memadai. Niat kami cuma untuk menghiburkan, andai tidak menyenangkan mata dan telinga anda, kami minta maaf. i love you”

Tambah Izzue Islam, sejujurnya dia sendiri tidak sangka kumpulan Forteen berjaya meneruskan perjalanan di dalam GV5 sehingga ke peringkat separuh akhir.

Di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat kepada Izzue untuk terus berkarya bersama anggota kumpulan Forteen yang lain.

Pada hari Ahad yang lepas, kumpulan Forteen gagal melayakkan diri ke konsert akhir Gegar Vaganza 5 selepas tersingkir bersama seorang lagi peserta solo iaitu Hetty Sarlene.

Semoga kumpulan Forteen akan terus sukses selepas ini. memang ramai follower dan peminat kumpulan Forteen ni.

Foto: Instagram Izzue Islam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here