“Suami tak tinggal puasa macam Zafran, solat tak tinggal” – Pendedahan isteri Aliff Satar

Lakonan padu Alif Satar yang membawa watak sebagai Zafran menerusi drama bersiri Pia mencuri perhatian ramai. Terus ramai yang kecam dengan watak Zafran itu.

Apapun itulah bukti lakonan Aliff Satar ni ternyata berkesan.

Isteri Alif Satar, Shadila Halid hari ini mendedahkan yang suaminya memang jauh berbeza dari watak Zafran itu dan turut senaraikan kualiti Alif Satar yang bagus sebagai seorang suami dan ketua keluarga.

Ini katanya:

“Lelaki ini jauh berbeza dari (watak) Zafran. Dia memberi lebih dari apa dia terima, tidak pernah meminta balasan dari sesiapa kerana itu tidak penting buatnya. Tak pernah memukul atau menengking saya, selalu menolong di rumah”

“Tak pernah tinggal puasa, solat pun tidak tinggal. Memang seorang lelaki yang pentingkan keluarga,” tulis beliau.

Shadila Halid juga mengakui penat untuk senaraikan kualiti baik yang dimiliki suaminya namun meminta semua orang supaya tidak kelirukan Alif Satar dengan watak Zafran atau individu lain.

Ini caption penuh dari isteri Aliff Satar:

“The man who is the total opposite of Zafran. This man has the biggest heart, kindest soul, he gives more than he receives, never asks for a “thank you” or “well done” from anyone even if it matters to him, never ever has he hit me, never yelled at me, never wanted me to be susah, always helpful around the house, tak tinggal puasa macam Zafran, solat tak tinggal, a family man.. I can go on and on. I can but I’ll be tired from stating all his good qualities. Nevertheless, he deserves to know what a great man he is, hence this post. Please don’t confuse him with Zafran or any other individuals. Yang sama antara Alif dan Zafran adalah mereka sama-sama handsome. The most gentle man and my ultimate wish is for my children to turn out to be just like Alif Satar. Apa-apa pun, drama Pia best

Sumber: IG isteri Aliff Satar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here