Suami Mia Ahmad, Izham Tarmizi Dituduh Curang.. “Mereka mahu porak-perandakan rumah tangga kami”

Nampaknya ini satu berita terkini tentang rumah tangga pelakon popular iaitu Mia Ahmad dan pemain bola sepak Johor iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Perkahwinan mereka sedang diuji ketika ini sewaktu Mia Ahmad sedang berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka pada 28 September lalu.

Penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu telah tampil memberi respon tentang dakwaan curang berkenaan dan bertegas menepis dakwaan kononnya dia berlaku curang selepas sepasang kekasih membuat tuduhan tersebut yang disifatkannya sebagai berniat jahat.

Izham Tarmizi berkata, sehingga ketika ini dia tidak mengetahui apakah motif pasangan kekasih itu menuduhnya curang sedangkan dia tidak pernah mengenali wanita yang juga kekasih lelaki tersebut.

Ini penjelasan dari Izhan Tarmizi:

“Ingin saya tegaskan saya tidak mengenali wanita dimaksudkan mahupun teman lelakinya malah saya tidak tahu apa motif mereka menuduh saya curang dibelakang Mia. Apa yang saya nampak motif mereka mahu memporak-perandakan rumah tangga kami dan saya jadi sasaran mungkin kerana orang kenal kami”

Enggan cepat melatah, Izham berkata, dia akan menyiasat terlebih dahulu masalah yang timbul sebelum mengambil sebarang tindakan seperti membuat laporan polis.

Fokusnya kini kata Izham adalah untuk memberi perhatian kepada Mia yang sedang berpantang selepas melahirkan anak sulung mereka selain menyelesaikan perkara tersebut sesama mereka terlebih dahulu.

Ini komen Izham lagi:

“Alhamdulillah Mia dalam keadaan tenang sekarang… Dia ada bersama saya dan anak. Saya sudah menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dan fokus saya sekarang adalah untuk menyelesaikan perkara ini secara baik. Sekarang nampak seperti saya yang bersalah walaupun sebaliknya yang berlaku… Saya tidak akan mengalah bagi memulihkan keadaan”

Untuk pengetahuan, pasangan ini berkahwin pada 13 Januari 2017 selepas setahun berkenalan dan mereka berdua dikurniakan seorang anak lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here