Suami kawan sendiri cuba nak try Ezlynn.. Baca pendedahan ini

Penyanyi yang kini bergelar ‘janda’ iaitu Ezlynn membuat pendedahan ada lelaki termasuk suami kepada kawan Ezlynn sendiri yang cuba nak cucuk jarum untuk berkenalan dengannya.

Ezlynn yang kini sudah berumur 37 tahun memberitahu bahawa, dia tak akan sesekali layan mesej peribadi yang dihantar kepadany aoleh suami rakannya walupun sekadar perbualan biasa.

Akuinya sejak kembali single, ada suami kawannya yang cuba memulakan perbualan dengan menghantar mesej.

Ini pendedahan Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin:

“Walaupun mesej yang dihantar tidak keterlaluan, tetapi saya tahu jika dilayan, ia boleh membawa ke arah lain. Jadi lebih baik tidak membalasnya.

“Lagipun saya tahu perasaan seorang wanita apabila ada wanita cuba mengganggu rumah tangga mereka.

“Sebagai wanita, saya tidak mahu melukakan hati teman. Malah kalau urusan dengan suami rakan pun saya akan melalui kawan dulu sampaikan mereka pelik kenapa tidak terus berhubung dengan suaminya,”

Kini Ezlynn berkata dia akan lebih memilih dan lebih berhati-hati untuk memilih pasangan hidup.

Ini jelasnya:

“Banyak perkara saya belajar sebelum ini. Jadi saya tidak mahu apa yang berlaku dulu berulang.

“Justeru, saya perlu lebih berhati-hati dalam memilih pasangan,” 

Katanya, setakat ini dia berkawan dengan semua orang, namun tiada yang boleh dianggap serius.

“Jujur saya nak kahwin lagi tapi tidak terburu-buru ke arah itu. Saya sendiri enggan membuat pilihan sembarangan atau keluar dengan lelaki tak dikenali.

“Saya lebih suka keluar dengan kawan lama atau rakan sekolah kerana mereka sudah mengenali saya sebelum bergelar artis lagi. Kalau kawan baru macam-macam yang bermain di fikiran,”

Sebelum ini Ezlynn pernah memberitahu, kawan perempuannya ada yang menjarakkan diri setelah dia bergelar janda kerana takut suami mereka akan cuba menggatal.

“Saya mengakui ramai kawan perempuan pula yang seakan menjauhkan diri sejak bergelar janda,”

Diimbas kembali, selepas enam tahun berkahwin, penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye, berkenaan telah bercerai talak satu dengan Adam Fahmy Shamsuddin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Sumber: HARIAN METRO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here