Suami Jururawat Curang Jumpa Pelbagai Bukti Mengejutkan

Viral dimedia sosial berkenaan lelaki yang telah memukul seorang doktor selepas isterinya kantoi curang tampil dedah bukti.

Suami kepada jururawat itu yang dikenali sebagai Aiman Ariff Ahmad Amirudin berkata kenapa dia memukul doktor itu apabila dia telah warning supaya mangsa tidak lagi berjumpa dengan isterinya.

Doktor tersebut yang tidak peduli dengan amaran yang diberikan terhadapnya.

Komen Aiman kenapa dia bertindak sedemikian :-

“Saya belum gila nak pukul orang sebab saya tak pernah ada rekod jenayah sebelum ini. Tapi siapa tak marah kalau dengan bangganya doktor tu masuk rumah saya”.

“Mula-mula wife cakap (doktor) masuk ke dalam rumah untuk solat… tapi takkan solat selama tiga jam? Saya juga pernah warning doktor tu pada 19 September lalu minta jangan jumpa wife saya lagi”.

“Saya call dia dari Dubai. Tengok-tengok saya dapat video bukti mereka masih lagi berjumpa sehari selepas saya call dia. Apa awak rasa?”

“Dakwaan tu tak betul. Seorang suami yang jauh sentiasa akan bertanya, ambil berat isteri sebab saya tak ada di sisi dia”.

“Tapi mungkin bagi dia ambil berat dan pertanyaan itu adalah trust issue. Bagi saya itu cara seorang suami menyayangi isterinya”.

“Saya tak rasa ini isu jealous tetapi curang… isteri orang curang dengan suami orang. Mana keadilan saya seorang yang dianiaya,”

“Sejujurnya isteri saya dah curang dekat lapan bulan. Saya dapat tahu pun dari mak mentua saya kerana dia tidak mahu bersubahat”.

“Isteri minta cerai sejak dari awal tahun lagi. Dia juga pernah block nombor telefon saya selama tiga bulan. Waktu tu dia sedang hangat bercinta dengan doktor tu tapi saya tak ada bukti ketika itu”.

“Sebab tu saya berdiam diri dan bertanya mana salah saya. Selepas solat istikharah Alhamdulillah semua terbongkar. Saya ada semua bukti. Access card keluar masuk, video CCTV, video pengakuan mereka berdua termasuklah resit hotel,”

“Saya tak pukul dia. Dayus kalau lelaki pukul perempuan. Macam mana jahil pun jangan pukul perempuan.

“Tipulah saya tak sayang isteri saya lagi. Tapi menipu itu adalah pilihan. Jangan pernah salahkan orang lain kerana itu pilihan awak,”

“Saya tak cakap apa saya buat tu betul. Sebab tulah lepas pukul doktor tu saya sendiri ke balai untuk serah diri,

Apabila diminta untuk mengulas apa yang akan berlaku selepas bukti kecurangan isterinya diketahui Aiman Cuma berharap agar isterinya itu insaf.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here