“Suami cedera teruk.. jalani pembedahan” – Isteri kepada mangsa tembakan masjid di New Zealand

Seorang wanita iaitu Prof Madya Dr Zurinawati Mohi, 48 tahun, isteri seorang rakyat Malaysia, Mohd Nazri Hisham Omar, 46 tahun mengesahkan bahawa suaminya itu salah seorang rakyat Malaysia yang cedera dari kes tembakan di New Zealand.

Mohd Nazri Hisham Omar dikatakan cedera parah dalam kejadian tembakan di Masjid Al-Noor, Christchurch, New Zealand.

Ini antara kenyataaannya:

“Apa yang pasti suami cedera teruk, namun saya tidak tahu sama ada dia masih sedarkan diri atau sebaliknya.

“Ketiga-anak kami yang selamat kini dalam keadaan trauma dan ketakutan akibat insiden itu,”

Dr Zurinawati yang juga Pensyarah Fakulti Perhotelan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu sejurus tiba di Hatyai, Thailand atas urusan kerja, kira-kira jam 12 tengah hari ini.

“Selepas tiba di sempadan negara itu, saya terkejut apabila menerima panggilan daripada seorang rakan sekuliah kami di New Zealand memberitahu mengenai insiden berkenaan.

“Bagi mendapatkan kepastian, saya segera menghubungi suami dan tiga anak namun tidak berjawab. Tidak lama kemudian, seorang daripada anak menghantar kiriman WhatsApp memberitahu keadaan mereka di sana termasuk suami yang cedera,”

Jelas wanita ini, Mohd Nazri Hisham Omar mula menetap di Christchurch sejak Januari lalu dan telah bekerja di negara berkenaan sambil menjaga tiga orang anaknya.

“Ketika kejadian, ketiga-tiga anak iaitu Muhammad Haqiem Daniel, 17 tahun; Muhammad Hazieq Daniel, 13 tahun, dan Muhammad Hazriq Daniel, 9 tahun, berada di sekolah berdekatan lokasi kejadian,”

Kata Dr Zurinawati lagi, dia bersama anak sulungnya, Muhammad Haiqal Daniel, 19 tahun, akan pergi ke New Zealand secepat mungkin untuk melihat keadaan suami dan tiga anaknya.

“Namun, saya terlebih dulu pulang ke rumah kami di Shah Alam dan akan bertolak menerusi penerbangan di Singapura esok.

“Saya reda dengan apa yang berlaku dan mengharapkan doa rakyat Malaysia mengiringi kami sekeluarga,”

UPDATE: 16 Mac

Kini mangsa khabarnya baru saja selesai jalani pembedahan pertama. Dah mula sedarkan diri.

Ini antara komen dari Dr Zurinawati.

“Ketika menghubunginya, saya bertanyakan kepada suami ‘How are you’, ‘Are you ok’ dan ‘Do you remember me? Dia kemudian hanya menjawab dia jawab ya dan sakit.

“Jururawat yang bertugas juga memberitahu saya ‘he’s good, he’s with us’. Suami juga baru menjalani pembedahan pertama dan masih separuh sedar.

“Anak kedua kami, Muhammad Haqiem Daniel, 18, yang berada di hospital itu memberitahu bahawa suami perlu menjalani imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) sebelum menjalani pembedahan kedua.

“Menerusi panggilan video Muhammad Haqiem, saya melihat keadaan suami cedera di kedua-dua kaki dan belakang badan,”

Sama-sama kita doakan agar Mohd Nazri Hisham Omar terselamat dan cepat sembuh.

Sumber: Harian Metro / NST

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here