Artis Amyza Aznan yang juga merupakan pelakon telah memberitahu berita dan menyedihkan apabila dia mengumumkan bahawa suaminya kini lumpuh.
Lebih menyedihkan lagi ia merupakan bersempena dengan ulang tahun perkahwinan dengan suaminya yang ke-16 tahun.
Menurut Amyza lagi, dia memberitahu bahawa suaminya itu telah menghidap penyakit angin ahmar. Menerusi video yang berdurasi lebih kurang tiga minit itu mendapat pelbagai respon daripada para peminat.
Pelakon ini juga turut meminta maaf kepada semua individu terutamanya dengan berkaitan kerja kerana dia sedang sibuk mengutamakan suami yang kini sedang lumpuh dan memerlukan perhatian penuh.
Komen Amyza Aznan lagi :-
“Even you dah lumpuh,kasih sayang setia i tak lumpuh. Kak kaaia minta maaf kepada semua clients yg kak kaaia buat emcee for dinner,event,wedding and also to productions”.
“Bukan tak nak share all my activities tu kat instagram,and bukan pilih bulu,tetapi sebenarnya skrg ni ada lagi penting untuk kak kaaia focus,iaitu my husband,dia stroke. inshallah ..one fine day i will share keje2 emcee and shooting tu,”
“Happy anniversary suami ku sayang, semoga allah pegang hati ini untuk tidak berpaling, untuk tidak lelah menjaga, memanja, menyayangi, mencintai b”
“Walaupon b stroke, doa love tetap b suami dan ayah kepada anak2 love di dunia dan sehingga ke jannah nanti”.
“Terima kasih untuk lagu nyanyian baby. ni lagu masa kita bercinta kannnn. tq nyanyi kan lagu and record lagu ni for me,”
Disebabkan perkongsian yang menyetuh hati itu, pelakon ini telah dihujani dengan pelbagai ucapan dan sokongan moral oleh para peminat agar suaminya itu akan kembali sihat seperti sedia kala.
Semoga Amyza terus kuat dan tabah mengharungi dugaan yang menimpa dirinya dan suami.