Siti Nurhaliza nak anak lagi, ini komen Datuk K

Apabila menerima cahaya mata pertama, penyanyi Siti Nurhaliza merasakan amat bersyukur sekali.

Penantian yang sungguh lama, akhirnya impian untuk bergelar ibu dan mempunyai anak kandung tercapai juga. Kini pasangan ini sedang berbahagia bersama anaknya bernama Siti Aafiyah.

Apabila sudah menerima kehadiran permata sulung, sudah tentu kini nak anak kedua pula.

Sebelum ini, Siti pernah melahirkan hasrat untuk mahu anak seorang lagi, mungkin dalam setahun dua tahun ini.

Ini komen Siti: “Mungkin, setahun dua lagi kot, sekarang pun Siti masih menyusukan Aafiyah”

Kini, penyanyi ini sedang sibuk untuk konsert jelajah tiga bandaraya (Jakarta, Singapura dan Kuala Lumpur) malah ada membuat perancangan mahu ke London untuk konsert kali kedua di Royal Albert Hall, April ini.

Mungkin perancangan anak kedua untuk tahun depan atau dua tahun memang patut untuk Siti Nurhaliza.

Dalam pada itu, suami Siti iaitu Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa telah memberi respon apabila isterinya itu mahu anak kedua pula.

Katanya, dia hanya berserah pada takdir tentang rezeki anak kedua dengan isterinya, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin.

Ini komen Datuk K:

“Kami tak rancang nak lewatkan soal anak kedua, kalau dah rezeki alhamdulillah.

“Tak ada plan mengelak lebih awal, selepas lahirnya Siti Aafiyah, kalau ada…dalam masa terdekat adalah, saya serahkan pada ketentuan Allah,” 

Kata Datuk Seri Khalid, Siti Nurhaliza memang seorang wanita dan isteri serta ibu yang baik sepanjang 11 tahun berumah tangga dengan penyanyi ini.

“Siti seorang isteri yang baik dan penyayang. Saya bahagia dan mencintainya,”

Datuk K juga pernah mengatakan bahawa Siti Nurhaliza adalah umpama “Siti isteri ke syurga.”

Ketika itu, Datuk K amat terharu apabila Siti menjaganya , memandikan, menyuap makan dan sentiasa ada disisi, sepanjang beliau terlantar dan menjalani rawatan cedera akibat jatuh motosikal di New Zealand, tak lama dulu.

Tahun demi tahun, kasih sayang Datuk K terhadap Siti Nurhaliza semakin mendalam dan bahagia.

Sumber: URTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here