Siti Nurhaliza jatuh tergolek nak elak lori

Datuk Seri Siti Nurhaliza kini dilihat amat aktif dengan aktiviti berbasikal.

Penyanyi tersohor tanah air ini akui setiap kayuhan menerusi aktiviti berbasikalnya dapat mengasingkan dirinya dari dunia glamor dan industri hiburan untuk seketika.

Ini kata Siti:

“Bila berbasikal, saya rasa seperti orang biasa. Dapat menikmati keindahan alam dan rasa bebas.

“Inilah aktiviti yang saya buat dulu masa remaja, berbasikal pergi sekolah atau pun ke pasar, memori itu datang”

Siti juga akui suka untuk berbasikal di Putrajaya kerana trek yang bagus selain keindahan semula jadi di kawasan Hulu Langat.

Sering bersama naik basikal ialah suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa selain beberapa kawan rapat Siti, kira mcam dah ada geng naik basikal.

Penyanyi Anta Permana ini turut ada berkongsi beberaoa kejadian pengalaman lucu apabila Siti pernah tersesat dan jatuh basikal.

“Paling jauh saya pernah kayuh basikal adalah sejauh 30 kilometer. Banyak juga kejadian lucu berlaku lebih-lebih lagi apabila saya tidak biasa dengan lock kasut di basikal dan sesat jalan.

“Saya memang jarang memandu jadi memang saya tak arif sangat jalan. Jadi bila mengayuh terlalu laju, tapi teman di belakang masuk simpang, jadi saya tersesat. Kelakar juga sebab tersesat di Kuala Lumpur.

“Saya ada kongsi kejadian di Instagram di mana saya jatuh tergolek untuk mengelak lori yang masuk simpang.

“Saya tak biasa dengan clip on di pedal, jadi bila berhenti, saya tak buka clip, jadi terjatuh,”

Akibat terjatuh ketika berbasikal, Siti dapat lebam di badannya.

Dalam perkembangan terkininya, Siti telah hadir di majlis sidang media Makan Malam Amal Karnival Mahabbah . Karnival berkenaan akan berlangsung selama 5 hari bermula 24 April hingga 28 April 2019.

Sumber: media hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here