Sikap Baran Sharnaaz Ahmad Berakhir Dengan Hadirnya Anak Sulung

Siapa yang tak kenal dengan Sharnaaz Ahmad yang amat lantang bersuara. kalau dulu pantang disentuh, pasti Sharnaaz akan melenting dan marah. Cara percakapannya yang agak kasar boleh membuatkan orang sekeliling tersentuh dan terkesan.

Itulah sikap dan perangai pelakon popular Sharnaaz Ahmad yang dikenali ramai. Sikap berkenaan pernah juga mencetuskan permusuhan antara dirinya dengan segelintir artis dan peminat gara-gara kelantangannya itu.

“Saya selalu cakap besar. Asal ‘sedap’ mulut kita saja, saya akan lontarkan pandangan saya. Tak kiralah orang nak setuju atau tidak, itu belakang cerita. Orang nak suka saya atau tidak sekalipun, tak pernah sedikit pun saya peduli. Yang penting saya puas hati,”

Itu komen Sharnaaz tentang sikapnya yang sering terpalit dengan kontroversi kerana panas baran.

Namun begitu, segala sifat buruknya yang diperkatakan ramai itu berubah seiring dengan tanggungjawab dan status dipikul. Sharnaaz Ahmad kini dah berubah setelah bergelar bapa.

Sifat panas baran dan tidak mudah sabar itu seakan-akan sudah menghilang. Sharnaaz kini menjadi seorang lelaki yang lebih tenang dan fokus pada kehidupannya dan juga keluarga.

Sebagai suami, Noor Nabila dan bapa kepada anak sulungnya, Jebat Jeydan Ahmad yang lahir pada 30 Ogos lalu, ianya telah mendorong kepada perubahan besar dalam hidup Sharnaaz Ahmad.

“Entahlah, tiba-tiba darah yang mudah menggelegak ini dah tak macam dulu lagi. Saya jadi lebih bertenang sekarang, mungkin disebabkan faktor usia kot. Saya dah masuk usia 33 pada tahun ini. Lagipun sudah ada anak, elok sangatlah kalau saya berubah”

“Pada hari pertama Jebat dilahirkan, saya keliru dengan perasaan menjadi bapa. Tapi selepas beberapa ketika, perasaan sayang itu semakin menebal apabila ada interaksi antara kami. Rupa-rupanya Jebat adalah pelengkap kepada kehidupan saya. Dia adalah segala-galanya,”

Sharnaaz Ahmad telah berkahwin dengan Nabila yang merupakan kakak kepada pelakon Neefola pada 31 Mac 2017.

Sumber: Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here