Kes pengunduran Izzue Islam dari kumpulan Forteen memang membuatkan ramai yang terkejut apatah lagi kumpulan ini sedang mengecap populariti ekoran penyertaan mereka di Gegar Vaganza.
Ramai yang kecewa dan tertanya-tanya kenapa perkara ini berlaku. Akhirnya persoalan ini terjawab apabila ahli kumpulan Forteen mendedahkan, perbalahan berlaku berpunca dari isu pertukaran lagu tanpa perbincangan membuatkan Izzue Islam berkecil hati dan marah.
Forteen berkata, kejadian itu berlaku ketika Forteen menjayakan Parti Gegar Vaganza pada 15 November (Khamis lalu) apabila Izzue Islam terkejut bahawa lagu yang dipersembahkan tidak seperti dirancang sebelum ini, dan merasakan ahli Forteen menukar lagu tanpa berbincang dengannya sekaligus membuatkan Izzue berang dan terasa hati.
Ini komennya:
“Isunya lagu nak perform sahaja. Dia terkejut apabila di masuk ke party GV, kami membawa lagu yang lain. Padahal kitorang belum lock lagi lagu tu. Kitorang nyanyi sebab untuk test lagu. Belum sempat kami kata apa-apa Izzue cakap korang tak bincang dengan aku.”
“Izzue mempersoalkan perkara itu di depan pihak produksi dan seterusnya beredar, tanpa mahu mendengar penjelasan kami. Ketika itu, kami memang terasa dengan tindakannya. Tidak sangka pula tiga hari selepas itu, dia membuat pengumuman keluar daripada Forteen”
“Beberapa minit sebelum buat pengumuman, kami bersama cuma tak bertegur, dan apabila Izzue buat pengumuman, kami hanya mampu bertepuk tangan, itu je reaction kami mampu bagi sebab terkejut”
Sementara itu, Forteen juga menyatakan Izzue ada meluahkan rasa kurang puas hati kerana merasa dia tak punya suara untuk memilih lagu sepanjang menyertai Gv musim kelima ini.
“Bukan selisih faham, Izzue ada satu macam moody, tapi kitorang selalu datang kat dia, tanya Izzue okey ke tidak, Izzue apa masalahnya. Dan antara luahannya adalah dia cakap dia tak punya suara dalam memilih lagu. Tapi jujur kami cakap, ada sahaja lagu dia yang terpilih untuk di bawa ke pentas GV”
Ahad lalu, Izzue mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya daripada Forteen ketika final Gegar Vaganza musim kelima.
Keputusannya itu memang mengejutkan ramai malah turut menimbulkan persoalan kepada anggota kumpulan itu sendiri yang tak tahu bahawa Izzue Islam marah dan kecil hati sehingga ingin keluar dari kumpulan Forteen.
Tambah One lagi, dia ada memujuk Izzue Islam supaya memikirkan semula keputusannya itu, tetapi tak diendahkan. One berkata, dia sedih dan menangis dengan apa yang berlaku memandangkan sudah tujuh tahun mereka bersama.
“Perkara ini boleh dibawa berbincang. Saya siap cakap dengan nada yang lembut dan meminta maaf, tetapi dia memberi isyarat tangan tanda menolak.
“Sedih? Sudah kering air mata saya. Selalunya kalau timbul sesuatu isu, kami akan beri ruang seketika, seterusnya berbincang. Tetapi, kali ini lain pula jadinya.
“Bagi saya, semua ini berpunca daripada ego dan saya sudah memohon maaf. Terfikir juga, adakah dengan melutut baru dia akan maafkan kami?”
Forteen yang ditubuhkan pada 2011 oleh KRU dianggotai oleh Izzue Islam, One, Ameerais dan Ariz Lufias. Antara lagu popular Forteen ialah Berdua Bersatu, Kita dan Dekat Tapi Jauh.
Ini video dari Media Hiburan:
#MHLive Ini dia penjelasan kumpulan Forteen berkaitan isu pengunduran diri Izzue Islam secara mengejut!
Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, 20 November 2018