Fasha Sandha dilihat telah meluahkan rasa bengang terhadap seorang followernya di laman IG. Dek kerana terlalu marah, pelakon hebat ini nekad untuk muatnaik profile gambar IG berkenaan dengan wajahnya terpampang di entry berkenaan.
Di caption, Fasha Sandha telah menulis rasa tak puas hatinya apabila wanita berkenaan dilihat telah menulis komen yang dirasa kan menfitnah dirinya.
Individu berkenaan berkata Fasha Sandha minta orang untuk memuji nya apabila memuatnaik foto memakai hijab dan menutup aurat baru-baru ini.
Ini komen Fasha Sandha:
“Siapakah Hamba Allah ni. Lagi seorang pengikut yang berhijab, cantik tapi bermulut puaka begini. Asal apa saya buat semua salah… Tapi kalau orang lain,? Vvip ke atau orang lain buat semua betul dimata ‘hijabista bawang’ macam diorang ni.
“Ahli keluarga siapakah ini? Kawan siapakah ni? Mohon nasihatkan dia… Kalau dah benci, silakanlah unfollow… Kenapa masih follow saya?
Saya post gambar saya berhijab untuk berterima kasih pada peniaga online yang hadiahkan saya bukan mintak dipuji. Awak juga agen peniaga kan? Kalau awak bagi hadiah pada orang, awak akan rasa dihargai bila orang tu tag kan? Awak memalukan jenama perniagaan awak bila awak fitnah dan menghina orang macam ni. Apapun terima kasih…. Asyik sibuk jaga bab aurat orang, bab dosa besar atas menfitnah orang tak fikir pula…
Hari2 nak buli artis ke? #stopcyberbullying
Ini komen wanita berkenaan yang membuatkan Fasha Sandha berang:
“Time seksi minta kena kecam time bertutup litup minta dipuji. Itulah Fasha Sandha drama band sungguh”
Di ruang komen, pelbagai pendapat telah diutarakan oleh para netizen, ada yang meyokong tindakan Fasha Sandha dan ada juga yang kurang setuju tindakan pelakon berkenaan.