Siaplah bila masuk penjara nanti! – Geng paling bahaya di New Zealand hentam Brenton Tarrant

Geng samseng yang juga bermotosikal paling berbahaya di New Zealand, iaitu Mongrel Mob mengecam tindakan pengganas kulit putih, Brenton Tarrant yang membuat keganasan dan menyasarkan jemaah masjid di Christchurch pada hari Jumaat lepas.

Kumpulan samseng berkenaan telah berkumpul di Sekolah Tinggi Hagley semalam untuk memberi bunga dan menawarkan sokongan kepada keluarga yang terjejas dalam tragedi yang mengejutkan satu dunia itu.

Seorang ahli kumpulan itu, Tanieli Fatu berkata tindakan Brenton Tarrant itu adalah paling bacul dan tidak menghormati rumah ibadat.

Katanya, apa yang dilakukan Brenton Tarrant dan pengganas yang lain tidak boleh diterima sama sekali dan jenayah dilakukan warga Australia itu amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Ini antara komennya:

“Komuniti Islam yang sudah dianggap sebahagian daripada kami, tidak layak diperlakukan sedemikian. Serangan ganas kelmarin tidak mendatangkan apa-apa manfaat, tidak perlu melakukannya.

Sementara itu, seorang peguam Sir Kim Workman berkata sumber memberitahu Tarrant berkemungkinan berdepan ancaman di penjara bererti dia mungkin dikurung berasingan daripada banduan lain.

Tarrant mungkin diletakkan di fasiliti dilengkapi kawalan keselamatan ketat dan pegawai penjara juga perlu disaring supaya tidak terdorong untuk mencederakannya.

Namun, sudah ada mata yang memerhatikannya di penjara, kata salah seorang ahli geng tersebut.

NZ Herald memetik seorang gengster berkata, kumpulan dianggotainya mempunyai rakan di dalam penjara susulan beberapa anggota kumpulan samseng berhimpun di Sekolah Tinggi Hagley dengan membawa bunga sebagai tanda sokongan untuk keluarga mangsa.

“Mereka (mangsa) datang ke New Zealand dan mereka sebahagian daripada kami. Mereka rakyat kami. Apa yang berlaku Jumaat lalu terlalu menjijikkan,” kata seorang lelaki dari geng berkenaan.

Seorang lagi menyambut: “Kami juga mempunyai kawan di dalam (penjara).”

Biarpun tidak dijelaskan dengan lebih lanjut, tetapi komen berkenaan amat jelas ianya boleh dianggap sebagai satu ancaman buat Brenton Tarrant.

Sumber: – Dailystar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here