Pelakon, penyanyi dan produser terkenal Datuk Afdlin Shauki kecewa setelah mengalami kerugian ribuan ringgit apabila sistem brek motosikal jenama Ducati miliknya dicuri. Bahagian motorsikalnya itu lesap semasa ia diletakkan di ruangan parking di bangunan pejabatnya.
Afdlin Shauki menerusi laman Instagram memberitahu beliau hanya menyedari kejadian tersebut selepas pulang dari menonton persembahan konsert di ibu kota.
Katanya, bukan sahaja bahagian brek tetapi bahagian lain seperti cermin pandang sisi turut dicuri oleh individu berkenaan. Kini tayar hadapan motosikal milik Afdlin yang tidak mempunyai sistem brek
Afdlin Shauki kini telahpun juga membuat laporan polis mengenai insiden tersebut di Balai Polis Wangsa Maju.
Pelakon Soalnya Hati ini telah menyeru agar orang ramai menghubunginya jika mengenai ada individu yang ingin menjual set terpakai sistem brek berkenaan. Katanya, siapa ada maklumat sila hubunginya kerana ianya limited edition.
“Motosikal jenis ini pun tidak ramai pemilik di Malaysia, jadi saya akan buat laporan polis dengan segera” kata Afdlin Shauki.
Ini tulisnya di laamn IG:
“Kena rompak clutch, brake brembo, side mirror ducati diavel saya kena rembat jadi kalau ada org nak jual tolong boleh alert kat saya. Saya buat polis report dan kebetulan dalam dunia serba canggih ni ada pulak cctv yg pandang motor ni so siap la lu bro… tq selamat malam. Kalau ada org nak tolak barang barang ni tolong bagitahu saya. DM saya. Ada reward In Shaa Allah.”