Shiro Dinobatkan Juara Maharaja Lawak Mega 2018, Lawak padu dan penuh pengajaran

Setelah dua kali menjadi naib juara, akhirnya kumpulan Shiro dinobatkan sebagai juara program realiti Maharaja Lawak Mega edisi 2018 (MLM2018).

Ini keputusan pentas akhir MLM2018

1st Shiro Juara
2nd Bocey Naib Juara
3rd Zero Tempat Ke-3
4th Puteh Tempat Ke-4
5th Taman Tempat Ke-5

Di pentas akhir ini, semua kumpulan menampilkan persembahan yang mantap dan bertenaga dan sememangnya ramai yang tertunggu tunggu siapakan yang jadi juara.

namun setelah hampir dua jam beraksi, akhirnya Kumpulan Shiro dimumkan juara pada edisi kali ini dan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 selepas dimumkan sebagai pemenang Maharaja Lawak Mega (MLM 2018).

Ini kali pertama kumpulan ini melakar kemenangan dalam program terbitan Astro ini.

Duo yang menggandingan pelawak Ajak dan Shahrol ini mempamerkan persembahan yang mantap dan mencuit hati dan paling penting setiap lawak mereka penuh dengan pengajaran.

Shiro merupakan antara pelawak yang tampil dengan penuh konsisten setiap minggu.

Kumpulan Shiro menumpaskan juara dua kali berturut-turut kumpulan Bocey yang mendapat ditempat kedua dengan hadiah wang tunai RM250,000.

Di tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpuan adik beradik Zero yang membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000. Zero sebelum ini pernah mendapat tempat pertama pada tahun 2014.

Dua lagi finalis Puteh (Ali dan Mamak) dan Taman (Tauke dan Man) di tempat keempat dan kelima dengan masing-masing menerima wang tunai RM50,000 dan RM15,000. Kesemua para peserta final turut membawa pulang trofi.

MLM 2018 berlangsung selama 13 minggu di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam dengan Datuk AC Mizal selaku pengacara tetap.

Juri tetap pula ialah Douglas Lim, Tia Ariffin, Remy Ishak dan Scha Al Yahya.

Tahniah diucapkan buat pemenang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here