Sharnaaz Ahmad Tak Setuju Menteri Bawa Masuk BTS Ke Malaysia

Sebelum ini, ramai peinat Kpop yang gembira apabila mendengar hasrat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam usaha membawa masuk kumpulan K-Pop terkenal, BTS ke Malaysia.

Namun secara tiba-tiba, pelakon Sharnaaz Ahmad telah tampil dan memberi pandangannya jika dia menjaid menteri. Sharnaaz dilihat telah meluahkan rasa tidak bersetuju membawa masuk kpop.

Menurutnya, sekiranya dia diberi peluang untuk menjadi Menteri Belia dan Sukan, dia akan membawa kumpulan rock terkenal di dunia seperti Metallica, Blink 182, Avenged Sevenfold dan sebagainya bukannya membawa kumpulan Kpop.

Ini komen Sharnaaz:

“Kalau aku jadi menteri belia, pertama sekali aku bawa masuk Metallica, Blink 182, Avenged SF, Disturbed, Ni apa? Kpop? Mak Hang?”

Namun begitu, walaupun ada yang tak setuju, orang ramai patutnya akur dan terima hakikat bahawa populariti kumpulan Kpop seperti BTS ketika ini amatlah menggila di kalangan para remaja di Malaysia dan juga di serata dunia.

Dari laporan portal Sinar Harian, Menteri Syed Saddiq berkata, pihaknya kini sedang cuba untuk mengusahakan membawa BTS datang pada tahun 2020, sempena Tahun Melawat Malaysia kerana dilihat sebagai satu pelaburan yang menguntungkan buat negara. Menurutnya, usaha itu turut dilakukan dengan kerjasama Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes.

“Saya telah berjumpa dengan promoter yang berkaitan dengan BTS dan kita sudah di peringkat perbincangan.

“Usaha kami adalah untuk memastikan BTS datang pada tahun 2020, Tahun Melawat Malaysia,”

“Industri hiburan Malaysia telah mencatatkan keuntungan kira-kira AS$D4 bilion selain menarik lebih 250,000 pengunjung ketika penganjuran MotoGP, baru-baru ini.

“Contoh lain adalah konsert hiburan terbesar Ed Sheeran di mana berjaya menarik 45,000 pengunjung dan dalam tempoh tiga hari tiket habis dijual. Kejayaan ini telah menarik minat penganjur-penganjur lain,”

Itulah antara komen Syed Saddiq.

Sumber: Sinar / Ig Sharnaaz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here