Sharif Zero Dedah Status Anak Lelakinya

Kumpulan Zero meruapakn antara pelawak yang pernah menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega. Salah seorang anggita kumpulan Zero iaitu Sharif telah menerima kehadiran cahayamata baru-baru ini.

Namun kata Sharif, sebenarnya anaknya itu merupakan anak angkat yang mula diambil sejak awal tahun lalu, selepas lima tahun berkahwin.

Menerusi satu laporan dari rancangan HLive, Sharif berkata anak angkatnya bernama Wafi kini berusia sembilan bulan dan anak kecil ini sememangnya telah menyerikan lagi rumah tangganya sejak awal tahun ini.

“Ya memang Wafi merupakan anak angkat saya tapi saya dah menganggapnya seperti anak saya sendiri kerana kami mula menjaganya sejak dari kecil lagi. Pada mulanya saya tiada perancangan untuk mengambil anak angkat tetapi anak ini pun merupakan anak dari saudara sebelah isteri saya dan apa salahnya jika saya menjaganya.

“Selepas lima tahun tanpa cahaya mata, kami bukan sunyi tapi saya rasa seperti ada kekurangan dan Wafi memang benar-benar menyerikan rumah tangga kami. Lagipun sebelum ini orang selalu tanya bila nak ada anak dan isteri saya terasa, sekarang alhamdulilah kami bahagia bersama Wafi”

Selain Sharif, Zero turut dianggotai oleh dua orang adik beradiknya yang lain iaitu Syaiful dan Atu. Kumpulan ini bakal bersaing dalam rancangan Maharaja Lawak Mega musim baru 2018 (MLM 2018) bermula 2 November depan.

Semoga Zero kembali menyinar dan berjaya sampai ke peringkat akhir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here