Setelah lama tak update Instagram, akhirnya ini yang ditulis oleh Lan Pet Pet

Kisah tentang Lan Pet Pet dengan seorang pengawal keselamatan telah menggemparkan industri hiburan tanah air.

Kerana memukul warga emas, dan perbuatan dirakam, habis teruk Lan Pet Pet kena kecam dengan netizen. Kalau di Ig Lan Pet Pet memang banyak kata-kata negaif yang ditulis oleh para netizen dan makcik bawang yang mengecam perbuatan pelawak berkenaan.

Kini Lan Pet Pet telah pun meminta maaf kepada pakcik pengawal keselamatan yang dipukul olehnya tak lama dulu.

Setelah lama diam diri dan tak update laman IG miliknya, Lan Pet Pet akhirnya muatnaik satu status.

Ini tulisnya:

“Nak kutuk, kutuklah. Biar sampai puas. Satu je nak cakap, terima kasih transfer pahala awak kat saya.”

“Terima Kasih Allah Hu Akbar…Alhamdulilah Berkat Selamat…#Maafkan Saya”

Semalam, kes ini dikatakan telah selesai setelah pelawak berkenaan bertemu dengan pengawal keselamatan berkenaan iaitu Pak Ya.

Pak Ya juga dikatakan telah menerima permohonan maaf dari Lan Pet Pet dan akan membatalkan niat untuk menyaman pelawak berkenaan.

Sumber: Ig Lan Pet Pet

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here