Ini kisah tentang wanita yang cintanya tak berbalas oleh lelaki berstatus jutawan.
Seorang jutawan dan wanita berkenaan telah bertemu di laman web janji temu jutawan dan akhirnya wanit aitu amatsuka dengan lelaki berkenaan akan tetapi lelaki tersebut tidak mahu meneruskan hubungan dengannya.
Wanita itu kemudian menjadi stalker dan didakwa telah memburu lelaki berkenaan dan menghantar 159,000 mesej teks yang tidak diingini.
Jacquelyn Ades, dari Florida, juga didakwa mengugut lelaki berkenaan yang bekerja sebagai ketua eksekutif syarikat penjagaan kulit itu dengan memberitahunya: “Saya akan buat sushi dengan buah pinggang kamu dan buat chopstik dengan tulang tangan kamu.”
Pakar kecantikan berusia 31 tahun itu sedang menunggu perbicaraan atas tuduhan mengintip dan perlanggaran jenayah di Arizona, Amerika Syarikat.
Dalam satu siri mesej teks yang mencetuskan gangguan, dia didakwa membuat ancaman seperti ‘Oh apa yang akan saya buat dengan darah kamu! Saya nak mandi di dalamnya’ dan banyak lagi.
Jacquelyn Ades ditangkap pada bulan Mei selepas muncul di tempat kerja lelaki itu dan mengaku dia adalah isterinya.
Mereka hanya pernah bertemu hanya sekali sahaja pada janji temu pertama, lapor Daily Mail, tetapi lelaki itu yang hanya dikenal pasti sebagai CEO sebuah syarikat di kawasan Scottsdale tidak berminat untuk meneruskan hubungan dengannya.
Namun begitu, Jacquelyn Ades tetap menghantar beribu-ribu mesej dan kadang-kadang sehingga 500 mesej sehari.
Pada mulanya, Jacquelyn Ades ditangkap pada Mei 2018 atas tuduhan mengintip dan menceroboh. Ketika itu, polis percaya dia telah menghantar sebanyak 65,000 mesej selama 10 bulan.
Tetapi siasatan selanjutnya mendapati jumlah mesej yang dihantar adalah lebih dari dua kali ganda.
Pada bulan Julai 2017, satu insiden mengejutkan berlaku apabila mangsa melihat kereta wanita berkenaan diletakkan di luar rumahnya di Paradise Valley.
Jacquelyn Ades didakwa terus menghantar mesej ugutan dan pada April tahun lepas memutuskan untuk mandi di rumah mangsa.
Lelaki itu dikatakan melihat Jacquelyn Ades melalui video CCTV di rumah semasa dia berada di luar negara dan terus menghubungi polis, yang menemuinya di dalam tab mandi.
Menjelaskan apa yang dibuat di rumah lelaki itu, Jacquelyn Ades dilaporkan memberitahu polis: “Saya rasa saya membuat keseluruhan senario yang ada dalam kepala saya yang menyatakan saya tinggal di sini, jadi saya datang ke sini dan berpura-pura ia berlaku.”
Apabila ditanya lebih lanjut untuk menjelaskan apa yang dimaksudkannya, dia mula merujuk persamaan saintifik.
Susulan kejadian itu, Jacquelyn Ades didakwa terus menghantar mesej: “Kamu buat apa sahaja yang perlu kamu buat, tapi jangan pernah cuba tinggalkan saya. Saya akan bunuh kamu. Saya tak mahu jadi pembunuh.”
Selepas ditahan pada bukan Mei, dia telah beri jaminan kepada polis bahawa dia tidak berniat untuk cederakan lelaki berkenaan dan ia adalah sesuatu yang terlintas di kepalanya ketika dia menghantar teks-teks tersebut.
Jacquelyn Ades menganggapnya sebagai satu perkara yang lucu sahaja.
Dia memberitahu polis bahawa dia faham lelaki itu tidak mahu bersamanya dan tahu mesejnya itu tidak normal.
Ini antara komen dari wanita ini:
“Tak kisahlah kalau itu yang dia rasa. Seseorang yang lain harus mencintainya, dia ada segalanya untuk dicintai, dia sangat comel, saya tak percaya dia takut dengan saya.”
Rekod polis ada menyenaraikan Ades menunjukkan tanda-tanda penyakit mental. Jacquelyn Ades kini ditahan di Penjara Maricopa County menjelang perbicaraan yang dijadualkan pada Februari.
Sumber -Mirror / mStar
[…] Sumber Feed […]