“Sesungguhnya mama tak sempurna untuk anak mama tetapi..” – Ibu Fasha Sandha menangis, ini luahannya

Fasha Sandha, pelakon hebat yang baru sahaja melangsungkan majlis berinai yang amat meriah di TheLove, Matic, Kuala Lumpur semalam, telah mengakui rasa dihargai apabila dipertemukan dengan lelaki baru dalam hidupnya iaitu Aidil Aziz.

Sedang hitung hari untuk bergelar isteri, ibu Fasha iaitu Eja Sandha telah menulis satu komen khas buat anaknya itu yang turut menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-35.

Menerusi laan media sosial Facebook, ibu kepada pelakon berkenaan mengakui sebak dengan ucapan yang diberikan oleh Fasha ketika majlis berinai berlangsung. Malah kongsinya lagi kasih sayang terhadap anak dan cucu tidak pernah berubah.

Sementara itu, Eja turut mengucapkan selamat berbahagia hingga ke jannah buat Fasha dan juga Aidil.

Ini kata-kata dari ibu Fasha Sandha:

“Tiada kata secantik bahasa..Tiada gambar seindah lukisan yang ingin mama mu lafazkan bersempena di hari jadi mu ank ku @fashasandha.. ucapan mu utk mama yg melahirkan dirimu semalam.. di malam berinai mu semalam telah terkesan dan telah mengugurkan air mata mama mu ini.

“Sesungguhnya mama jgk tiada sempurna utk ank2 mama semua.. tetapi percaya lah kasih sayang mama terhadap semua ankanda2 dan cucunda2 tiada pernah berbelah bahagi selagi hayat di kandung badan,”

“Sebelum menjelangnya lusa 30hb March.. bersempena ank ku akan bergelar isteri kepada @itsaidilaziz disini ingat mama ucapkan agar berbahagia sehingga ke Jannah…mama mendoakan Aidil dapat memberi kasih sayang pada dirimu dan terutama kepada cucu2 mama sehingga hujung nyawa.

“semoga Allah melindungi dan memberkati kehidupan kita semua..dan di permudahkannya segalanya..Amin3 #majlisberinaiaidilfasha#aidilfasha,”

Menerusi ruangan komen di FB ibunya, rata-rata telah menulis dan mengucapkan tahniah buat pasangan selebriti itu.

Fasha dan Aidil tampil sedondon dalam pakaian ungu menerusi persalinan bertemakan Melayu Klasik. Difahamkan, Fasha sekeluarganya telah pun berangkat ke kampung halamannya di Perlis.

Majlis pernikahan mereka bakal diadakan hujung minggu ini.

Ini sedikit video di majlis berinai:

Video sekitar malam berinai Fasha Sandha

Sekitar kemeriahan malam berinai Fasha Sandha bertemakan "Melayu Klasik"Comel je Fasha Sandha menari 🙂

Posted by Rozita Che Wan & Zain Saidin on Friday, 29 March 2019

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here