Oleh kerana terlalu ikut dengan arahan dari aplikasi navigasi Waze untuk ke lokasi dituju, seorang wanita yang memandu kereta jenis Nissan Almera telah tersesat.
Wanita berkenaan telah sesat di dalam sebuah ladang kelapa sawit, di Jenjarom Selangor.
Menrusi satu laporan dari portal Sinar, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya telah menerima satu panggilan yang memaklumkan bahawa seorang wanita tersangkut di sebuah ladang sekitar jam 8.36 pagi .
Menurutnya, satu pasukan penyelamat anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa yang sesat di sekiar kawasan Bandar Saujana Putra.
Ini antara kenyataan jurucakap pihak bomba:
“Bomba terima laporan seorang wanita berusia lingkungan 30-an menaiki kereta jenis Nissan Almera tersesat dalam ladang kelapa sawit selepas guna aplikasi navigasi Waze
“Mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa keluar dari ladang tersebut,”
Difahamkan, anggota bomba kemudiannya telah membantu menolak kereta dan mengeluarkan tayar kereta mangsa yang gagal bergerak terperangkap dalam selut tanah merah di kawasan ladang tersebut.
Jadi kepada di luar sana, berpada-pada lah ketika menggunakan aplikasi navigasi. Kalau boleh sila standby dua aplkasi navigasi yang berbeza untuk kepastian.
Sumber Artikel: Sinar Harian
[…] Sumber Artikel: Sinar HarianSumber Feed […]