“Seperti Tidak Profesional” – Nadiyah Shahab Dedah Sikap Zizan Razak

Pelakon dari Singapura, Nadiyah Shahab telah berlakon bersama Zizan Razak dalam satu telefilem berjudul “Saya Jual Ye Bang” untuk tayangan Astro.

Pertama kali berlakon bersama, Nadiyah Shahab akui pengalaman berlakon bersama pelawak popular itu merupakan satu perkara yang amat sukar untuk dilupakan buat dirinya.

Kata Nadiyah, perwatakan Zizan yang kelakar dan sering menukar dialog pada saat akhir membuatkan dia kena sentiasa peka dan alert ketika menjayakan babak bersama-sama.

Ini pendedahan dari Nadiyah Shahab:

“Selain suka menukar dialog pada saat akhir, sikap lawak yang ada pada Zizan membuatkan saya hendak ketawa sepanjang penggambaran diantara babak kami berdua.

“Kadang-kadang terasa seperti tidak profesional saya ini kerana selalu ketawa sahaja.

“Namun saya tahu itulah cabaran yang harus saya atasi dan perkara itu banyak memberi ilmu kepada saya dalam bidang lakonan,”

Nadiyah Shahab mendedahkan hal berkenaan kepada portal hiburan Gempak ketika ditemui pada majlis sidang media telefilem terbitan Astro First Eksklusif, Saya Jual Ye Bang, di GSC Signature Gardens, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Selain Nadiyah, telefilem Saya Jual Ye Bang turut menampilkan barisan pelakon yang amat popular Uqasha Senrose, Zizan Razak, Idris Khan dan Datuk AC Mizal.

Ini komen Uqasha Senrose tentang telefilem ini:

“Filem yang hampir satu jam lebih ini ada banyak nilai-nilai murni, antaranya ialah kasih sayang seorang suami, sifat nak berjaya.

“Seperti mana yang kita tahu, manusia memang selalu leka dan lalai, jadi jika mereka menonton mungkin mereka boleh sedar sebab banyak nilai baik yang kita satukan dalam satu filem komedi romantik ini, dan ia juga merupakan satu filem yang patut ditonton seisi keluarga,”

Telefilem “Saya Jual Ye Bang!” akan mula menemui penonton mulai 14 Mac di saluran 480, Astro First Eksklusif. Kalau nak tengok jangan lupa subscribe nanti.

Sumber: GEMPAK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here