“Sendiri buat onar, lepas tu salahkan orang lain” – Komen pedas Rita Rudaini

Kes penyebaran gambar atau video panas di kalangan artis begitu banyak yang berlaku. Seperti biasa, artis jarang mengaku salah dan akan mengatakn ianya adalah edit.

Namun artis masih lagi tak ambil pengajaran dan ada saja kisah seperti itu timbul. Lepas satu, satu lagi artis lain.

Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa begitu banyak kes seperti ini berlaku. Adakah sebab ramai yang pakar dalam bab suntingan (edit) atau salah artis itu sendiri.

Pelakon senior ada pendapat etrsendiri tentang isu seperti ini. katanya, tak perlulah seseorang itu menyalahkan orang lain jika hal ini berlaku.

Ini komen Rita Rudaini tentang isu ini.

“Apabila perkara ini selalu terjadi, artis mulalah salahkan individu lain, kawan dan kedai telefon. Dari situ kita sendiri boleh nilai tahap akal mereka padahal diri sendiri yang buat onar.

“Kenapa sewaktu melakukannya mereka tidak fikir masak-masak pula? Jika perkara itu terlintas di fikiran, tak payah buat pun. Untuk apa rakam aksi sebegitu?

“Untuk buat kenangan? Tak payahlah. Sendiri punya badan, hari-hari boleh tenung sendiri.

“Saya pun tidak faham apa yang mereka fikir sampai sanggup buat panggilan video sambil menunjukkan alat sulit kepada orang lain. Silapnya di sini, mereka tidak fikir panjang sebaliknya hanya berfikir untuk berseronok saja.

“Tak kisahlah populariti tengah memuncak, tawaran tak putus, tetapi jika akal tak bijak pun tak guna. Popular menerusi hal mengaibkan bukan pencapaian yang boleh dibangga-banggakan, ya.

“Tidak kiralah artis atau bukan, tolonglah berfikir lebih bijak. Yang bijak dalam pelajaran pun belum tentu akalnya juga bijak berfikir mengenai kehidupan.

“Kalau betul nak bersihkan nama sekalipun, mengaku saja silap itu datang daripada diri sendiri. Tidak perlu menuding jari kepada orang lain.”

Perkara ini dipersetujui oleh penyanyi yang sedang meningkat naik iaitu Andi Bernadee. Andi kini sedang popular dengan lagu berjudul ‘Satu Peluang’.

Penyanyi ini juga mengatakan seseorang itu harus bijak mencari kawan.

Ini komen Andi Bernadee:

“Sebelum kita menuding jari kepada pihak lain, lebih baik kita salahkan diri sendiri dulu. Ini disebabkan, kita terlalu percaya dan senang tertipu dalam hal ini.

“Sebagai artis, kita kena jaga etika diri sebaik-baiknya terutama dengan orang yang baru kita kenal. Walaupun kawan sendiri, kena beringat selalu memandangkan kita tidak tahu niat masing-masing.

“Tidak dinafikan, ada yang berkawan dengan kita secara ikhlas namun ada juga berkawan untuk niat tertentu.

“Sebenarnya saya sendiri rasa tidak layak untuk komen mengenai hal ini apalagi belum terkena batang hidung sendiri. Tapi, saya ingin berkongsi peringatan ini buat diri sendiri dan orang lain di luar sana.

“Bagi saya, menjaga batas pergaulan adalah hal yang sangat penting. Saya sebolehnya memilih untuk bergaul dan keluar dengan orang yang boleh dipercayai.

“Elakkan diri daripada percaya terutama orang yang baru kita kenal di alam maya. Takut nanti, kita menjadi mangsa dan diambil kesempatan oleh individu yang berniat buruk. Akhirnya, tolonglah hentikan segala aksi-aksi tidak senonoh yang akhirnya hanya akan menjejaskan maruah diri.”

Itulah komen dari Rita Rudaini dan Andi tentang isu ini.

Sumber : harian metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here