Senarai Markah: Ini Keputusan Penuh Gegar Vaganza Semi Final.. Forteen Dan Hetty Salene Tersingkir

Semalam berlangsungnya semi final Gegar Vaganza musim kelima. 8 peserta beraksi untuk mendapatkan tempat di pentas final pada minggu depan.

Noryn Aziz telah berjaya menduduki tempat pertama dengan markah cemerlang sebanyak 71.55 peratus di Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang berlangsung malam tadi.

Walaupun begitu, persembahannya disifatkan sebagai ‘tawar’ oleh juri tetap Datuk Ramli MS ketika menyanyikan lagu genre dangdut. Amelina pula berada ditempat kedua dengan markah sebanyak 67.2 peratus.

Dua peserta yang mendapat markah paling rendah ialah Hetty Sarlene dan Kumpulan Forteen dan gagal menempah tiket ke pentas final. Selain Noryn Aziz dan Amelina, empat lagi peserta yang mara ke peringkat akhir adalah Dia Fadila, Maya Ruslee, Zamani dan Billy Zulkarnain.

Pemarkahan peserta diberikan sepenuhnya oleh juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta Datuk Yusof Haslam yang hadir sebagai juri jemputan minggu ini.

Di bawah merupakan kedudukan dan markah keseluruhan bintang GV5 mengikut urutan serta komen juri.

1.Noryn Aziz 71.5%

i) Dahsyat
Datuk Khadijah Ibrahim – Saya suka sebab awak menyanyi dengan ikhlas dan penuh penghayatan.

ii) Cintaku 100%
Datuk Ramli MS – Tak payah cakap lah… Tawar!

2.Amelina 67.2%

i) Tua Mengejar Kita
Datuk Khadijah Ibrahim – Best! Awak faham apa yang awak nyanyikan.

ii) Kuch Kuch Ho Ta Hai
Datuk Ramli MS – Ringan sangat suara…macam pakai head voice saja…

3.Dia Fadila 66.4%

i) I Don’t Want To Miss A Thing
Datuk Ramli MS – Awal tu agak kurang energy, separuh yang akhir tu sahaja awak betul-betul menyanyi

ii) Pematah Hati
Datuk Yusof Haslam – Dari persembahan pertama, saya rasa ini lebih baik

4.Maya Ruslee 66%

i) Ikut Rentakku
Datuk Khadijah Ibrahim – Ada silap sikit tapi bagus kerana ikhlas dalam nyanyian

ii) Tiada Kepastian
Datuk Ramli MS – Sound very tired bila duduk tak sampai. Next time perlu berdiri.

5.Zamani 64.4%

i) Dekat Padamu
Datuk Ramli MS – Saya tak nak komen apa-apa… Thank you

ii) Di Matamu
Datuk Ramli MS – Kamu patut menyanyi begini dari minggu pertama kerana ini baru standard kamu

6.Billy Zulkarnain 61.05%

i) Mengenangmu
Datuk Yusof Haslam – Saya tengok kamu minggu lalu dan saya tahu kamu dua ada bakat. Saya menanti persembahan kedua kamu.

ii) Mulanya Disini
Datuk Khadijah Ibrahim – Saya enjoy!Saya harap kamu ke final…

7.Hetty Sarlene 60.2%

i) Pencuri Hati
Datuk Ramli MS – Satu saja saya nak cakap, kamu ada satu lagi persembahan, make sure all out!

ii) Kemaafan Dendam Yang Terindah
Datuk Yusof Haslam – Persembahan pertama tadi dah lulus. Persembahan kedua ni feel seperti berlakon dengan memek muka dan vokal bagus.

8.Forteen 58.1%

i) Potret
Datuk Yusof Haslam – Saya mengikuti Forteen… Saya akui kamu semua memang ada bakat. Saya mahu lihat lebih di persembahan kedua

ii)Cinta Di Akhir Garisan
Datuk Khadijah Ibrahim – Saya terhibur…persembahan kamu semakin baik setiap minggu

Sumber: Gempak.Com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here