“Semua akan tuding gua.. tapi…” – Baca respon balas Tauke Raja Lawak isu rumahtangga

Ini perkembangan terkini tentang isu rumah tangga pelawak Tauke Raja Lawak.

Semalam isterinya, Nadia telah mengatakan bahawa dirinya telah berpisah dengan suami sejak masuk tahun baru ini.

Malah Nadia mengatakan bahawa dia sudah diceraikan melalui aplikasi WhatsApp oleh Tauke Raja Lawak.

Kata Nadia, semuanya berpunca dari kehadiran pihak ketiga yang mana Nadia mendakwa suaminya itu ada perempuan lain.

Apabila isu ini menjadi viral, akhirnya semaalm Tauke ada memuatnaik beberapa caption sebagai reaksi tentang isu ini.

Ini reaksi pertamanya:

Kemudian awal pagi ini, ini pula respon kedua dari Tauke Raja Lawa:

“Masih nak nafikan? Bukan gua cakap ..tapi ikon sebenar kita..Gua tau gua bad rekod.. berlaku perkara camni semua akan tuding gua.. tp maaf hal rumahtangga gua.. so biarlah gua selesaikan. membela tak salah tp biar pada tempatnya.. salah atau betul bukan hak kita mencaci hina.. yg caci hina tulah lebih hina akhlaknya.. berhentilah dari buat dosa.. sedangkan kaum lelaki tak pernah mencaci wanita yg bergelar pelacur sekalipun.. bila lelaki buat kena hentam macam gua bunuh kucing persian lu yg lu syg.. nak kecam silakan sebab kita manusia sama.. beza kat akhirat esok kita tau kita akan kekal dimana.. akhir kalam ..gua tak batak jadi artis.. salam”

Diruang komen, pelbagai pendapat yang diberikan oleh para follower. Apapun semoga Tauke Raja Lawak dapat menyelesaikan hal ini bersama isterinya.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan menerima cahaya mata pertama mereka pada tahun lalu.

Untuk pengetahuan, ini merupakan perkahwinan kali keempat buat Tauke Raja Lawak. Hasil perkahwinan terdahulu, Tauke mempunyai 6 orang anak.

Sumber: IG Tauke

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here