Sempena hari ibu, Wak Doyok hadiahkan kereta toyota Vellfire kepada ibunya

Kalau ingat nama Wak Doyok sudah tentu korang ingatnya sebagai seorang ikon fesyen.

Baru-baru ini, Wak Doyok membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta jenes Toyota Vellfire kepada ibunya dan ianya adalah bersempena Hari Ibu pada Ahad lalu.

Wak Doyok berkongsi pemberiannya itu di laman media sosial Ig miliknya dan terus mendapat pujian dari para netizen.

Melalui caption, Wak Doyok turut berharap agar ibunya diberikan kesihatan yang baik agar dapat menghantar wanita itu menunaikan ibadah haji tahun ini.

“Sempena hari ibu hari ini saya menghadiahkan mak saya sebuah kereta Vellfire agar tahun ini mak boleh berjalan-jalan dengan selesa di rumah sanak saudara.

“Semoga mak sihat dan dapat menunaikan fardu haji tahun ini insyallah”

Dalam pada itu Wak doyok turut menjelaskan niatnya sekadar untuk membuat ibunya bahagia selepas kematian bapanya pada Oktober 2018.

“Semua ini adalah usaha untuk membuatkan mak saya bahagia dikala dia hidup kesunyian selepas pemergian ayah saya pada tahun lalu.

“Biarpun kereta tersebut bernilai ratusan ribu, namun sedikit pun tidak tertanding dengan jasanya membesarkan saya selama ini,”

Wak doyok mendedahkan bahawa kereta Toyota Vellfire tersebut bernilai lebih RM265 ribu.

Kalau korang iongat, sebelum ini pernah menghadiahkan ibunya sebuah rumah banglo hasil usaha kerasnya dalam bidang perniagaan.

Biarpun kereta tersebut bernilai ratusan ribu, namun sedikit pun tidak tertanding dengan jasanya membesarkan saya selama ini.

Memang bagus betul Wak Doyok yang sentiasa menghargai ibunya.

Sumber: Ig Wak Doyok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here