Semangat Habis!! Ini Video Ucapan Diva Azwan Ali Di Perhimpunan ICERD

Personaliti popular dan penuh kontroversi iaitu Azwan Hj Ali sekali lagi mencuri tumpuan hari ini.

Azwan Ali atau lebih mesra disapa dengan nama Diva AA telah hadir di perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Pengacara popular Azwan Hj Ali tampil memberikan ucapan beliau sendiri di perhimpunan aman yang diadakan di sekitar ibu negara itu disamping orang ramai dibelakangannya.

Sebagai artis beliau juga tidak boleh bertolak ansur dengan sebarang usaha yang menggugat Islam dan Melayu di negara ini.

“Saya saja redah saja, semangat yang naik bak bulu roma meremang, itulah yang berlaku kepada Diva AA”

“Ini soal agama, jangan main-main. Kita tidak boleh bertolak ansur kerana ini isu agama. Saya akan bersama-sama dengan semua kerana kita kena tunjukkan kekuatan kita dengan bersatu padu”

“Kita berjuang untuk kedaulatan Islam dan juga pertahankan nasib bangsa melayu di bumi sendiri”

Azwan Ali juga sempat berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana membenarkan himpunan aman berkenaan.

Ini videonya:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here