“Semalam aku terlalu marah… Baru tersedar aku sangat merindui dia” ~ Luahan Alyah

Satu luahan hati yang dimuat naik oleh penyanyi Datin Alyah sekali lagi mencuri perhatian para netizen di laman IG miliknya.

Alyah telah berkongsi foto suaminya iaitu pengarah muzik Datuk Ramli MS bersama seorang kanak-kanak sedang bersarapan menimbulkan spekulasi di laman sosial.

Menerusi caption di gambar itu, Alyah meluahkan rasa rindu dan berharap hatinya yang masih marah disejukkan oleh Allah.

Ini tulis Alyah:

Dia apa khabar?
Mungkin smlm Aku terlalu marah…. Tapi hari ini Ya Allah swt kau sejukan hati ini dlm redhamu Ya Allah swt….
Baru Aku tersedar yg Aku sgt merindui dia
Semoga dia baik baik saja.
Hanya Doa peneman setia.

Ini fotonya:

Perkongsian tersebut mendapat reaksi netizen yang menjangkakan hubungan rumah tangga pasangan itu bergolak sekali lagi.

Rata-rata menulis komen memberi kata-kata semangat kepada penyanyi Jutaan Purnama itu.

Naun begitu, Alyah tampil memberu resopn balas dan telah membalas komen pengikutnya bahawa dia dan suaminya berada dalam keadaan baik dan bersarapan pagi bersama.

Katanya, luahan rasa rindu itu ditujukan kepada budak lelaki iaitu anak saudaranya.

“Saya rindu sama si kecil kerana dia sudah bersekolah jadi jarang jumpa,”

Sebelum ini iaitu Oktober tahun lalu, penyanyi ini mencetuskan kontroversi apabila menulis komen berbaur sindiran kepada suaminya dan menggambarkan hubungan rumah tangga mereka sedang berdepan masalah.

Diimbas kembali, pasangan ini telah berkahwin pada 18 Mac 2013 di Thailand dan dibuatsecara rahsia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here